ANUAR SHAARI: LIM GUAN ENG KINI BOLEH GOYANG KAKI?

713
SHARES
2.3k
VIEWS

LIM GUAN ENG KINI BOLEH GOYANG KAKI?

Oleh Anuar Shaari

17 November 2018

1. Isu rasuah Menteri Kewangan Lim Guan Eng kian teralih lantaran timbul isu-isu terkini. Lim Guan Eng amat senang hati sehingga boleh lena di dalam Dewan Rakyat semasa sesi perbahasan yang sepatutnya memerlukan perhatian serius dari beliau. Dakwaan beliau tidak lena tidur setelah menjadi Menteri Kewangan hanyalah retorik murahan semata-mata. Bagi saya beliau boleh tidur nyenyak di mana-mana kerana kes rasuah banglo beliau telah digugurkan oleh Tommy Thomas Peguam Negara kerajaan PH.

2. Manakan tidak, kes tersebut amat menghantui beliau sebelum. Itu belum termasuk dakwaan penyelewengan terowong bawah laut yang juga punya kaitan tidak langsung dengan kes banglo beliau dahulu. Kini tidak lagi, sehinggakan anak beranak boleh tidur atau tertidur semasa menghadiri sesi Dewan Rakyat. Biasanya kita akan mudah terlelap jika hati dan minda tidak terbeban dengan perkara-perkara yang berat.

3. Adakah minda Lim Guan Eng cukup harmoni ketika ini? DAP kini tidak perlu menghasut rakyat berhimpun dan berdemo membantah dasar kerajaan. Kerja menuduh dahulu tanpa siasatan atau bukti diserahkan kepada agensi kerajaan yang dikawal mereka. Kerja membuat polisi kewangan diserahkan kepada pegawai kerajaan di Kementerian Kewangan. Jika berlaku ‘typo error‘ atau salah titik perpuluhan, boleh salahkan pegawai kerajaan. Bajet dibentangkan LGE yang tidak sempurna/menyeluruh boleh diserah kepada PM ke 7 untuk membuat/meminta bajet tambahan.

5. Jika ada penyebaran risalah/kitab Injil yang dikaitkan dengan misi Kristianisasi DAP, tidak perlu pening-pening memikirkannya. Personaliti dari parti AMANAH dalam keadaan siap sedia menangkis segala prasangka dan tuduhan kepada DAP. Isu ICERD pun AMANAH akan pantas membela DAP. Jika berlaku bencana banjir atau tanah runtuh khususnya di Pulau Pinang, boleh disalahkan hujan yang turun dengan lebat atau tanpa henti-henti. Mudah sungguh tugas DAP dan Lim Guan Eng kini. Segalanya dibuat oleh orang lain atau menyalahkan orang lain bagi menutup kelemahan sendiri.

6. Beruntunglah manusia Lim Guan Eng ini. Kini dengan Tommy Thomas di sisi, segalanya beres. Lim Guan Eng adalah manusia paling suci dan bersih. Kita juga tidak hairan jika selepas ini SPRM, LHDN, KDRM (Kastam), PDRM menyatakan Lim Guan Eng adalah insan terbersih di dalam negara mengatasi Tun Mahathir dan Tun Daim. Tidak mustahil juga Guan Eng akan menggantikan Anwar Ibrahim sebagai manusia anugerah tuhan untuk Malaysia…

Bicara tentang Anwar Ibrahim, di manakah beliau dalam isu Lim Guan Eng? Takkan tak nak puji Guan Eng. Sekurang-kurangnya pujilah Guan Eng sebagai penyokong nombor wahid bakal PM ke 8 yang mahukan PM ke 7 diganti dengan segera…

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts