Ketika ramai kita berada di Pasir Salak bersama 40,000 orang-orang Melayu menentang Ratifikasi Konvensyen ICERD, berlaku satu peristiwa yang agak melucukan tetapi serious di KLIA Airport di antara Anthony Loke (Menteri Pengangkutan) dengan Tan Sri Viki (Presiden Senat Dewan Negara).
Anthony Loke, membuat sidang akhbar menuduh TS Viki:
i. Memakai slipper di Lounge VVIP KLIA, ini adalah bertentangan dengan etika pakaian (dress code) di bilik VVIP KLIA; dan
ii. Menuduh TS Viki tidak memakai pas keselamatan ketika masuk di ruang VVIP tersebut (breaching security protocol while using the VVIP lane) serta tidak mahu diperiksa (body search) selepas melintas imbasan security.
Anthony Loke seterusnya menyatakan bahawa ini adalah Malaysia Baru dan bukan Malaysia Lama. Semua Orang Kenamaan kena menghormati Rule of Law (Kedaulatan Undang-undang).
JAWAPAN TAN SRI VIKI:
Tan Sri Viki menjelaskan bahawa dia memakai slipper kerana terdapat sedikit luka di bahagian kaki beliau.
TS Viki juga menjelaskan dia tidak menggunakan bilik VVIP di KLIA tetapi hanya lalu di Lorong VVIP untuk menghantar anak perempuan beliau yang hendak belajar ke luar negara.
TS Viki juga menjelaskan bahawa dia telah ditegur oleh seorang pegawai keselamatan dengan cara yang tidak sopan dan tidak menghormati beliau sebagai Presiden Senat Dewan Negara.
ULASAN
Sesuatu kejadian seperti ini amatlah dikesali. Ini merupakan satu insiden yang amat kecil, berlaku di KLIA Airport di mana satu tempat yang dikunjungi oleh beribu orang sehari, oleh Orang-orang Kenamaan, Raja-Raja, Menteri dan rakyat biasa seperti kita semua.
Anthony Loke, Menteri Pengangkutan tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang anggota pentadbiran dan telah secara terburu-buru cuba mengambil kesempatan politik memburuk-burukkan pemimpin politik kanan negara.
Anthony mengambil kesempatan kononnya, beliau melindungi Anggota Keselamatan KLIA daripada dibuli oleh orang kenamaan.
Anthony seterusnya mengambil kesempatan dengan menyatakan bahawa INI MALAYSIA BARU BUKAN MALAYSIA LAMA. Kalau Kerajaan BN terdahulu, insiden seperti ini mungkin tiada tindakan akan diambil.
Sedapnya mulut Anthony Loke, insiden seperti ini juga, salahkan Najib Razak. Segala-galanya salah Najib.
APA SEBENARNYA BERLAKU
Anthony Loke tidak pernah jadi Timbalan Menteri atau Menteri. Duduk sebagai anggota pembangkang lebih 20 tahun bersama Lim Guan Eng.
Anthony tidak tahu kedudukan protokol orang kenamaan negara. Sepatutnya pemimpin-pemimpin DAP ini dikursuskan dahulu mengenai hal ehwal protokol sebelum menjawat jawatan Menteri atau Timbalan Menteri.
Untuk makluman, dari segi protokol, susunan orang-orang kenamaan negara Malaysia adalah seperti berikut:
KERAJAAN PERSEKUTUAN
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Y.A.B. Perdana Menteri
3. Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri
4. Presiden Senat Dewan Negara
5. Speaker Dewan Rakyat
6. Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan (Supreme Court)
7. Menteri-Menteri
8. Ketua Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara, dan lain-lain.
Sesungguhnya, Presiden Senat Dewan Negara berada di tangga ke-4 mengikut susunan paling kanan orang-orang kenamaan.
Anthony Loke di dalam kenyataannya, menyatakan bahawa semua orang-orang kenamaan tidak terkecuali daripada memakai Tag Keselamatan apabila berada di ruang VVIP di KLIA.
Adakah ini bermaksud YDP Agong, PM dan TPM juga perlu memakai Tag Keselamatan sekiranya mereka masuk atau lalu diruang VVIP di KLIA tersebut?
Sepatutnya, Pegawai Keselamatan yang bertugas, mengenali siapa Tan Sri Viki dan terus menyediakan pas keselamatan kepada beliau apabila dia sudah berada di pintu masuk ruangan VVIP tersebut, berdasarkan KEUTAMAAN KEDUDUKAN PROTOKOL beliau sebagai Presiden Senat Dewan Negara.
Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan, sebelum bertindak sepatutnya menghubungi TS Viki dahulu dan mendengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak.
KETIKA DR. MAHATHIR BERADA DI PENTAS DUNIA
- Ketika Dr. Mahathir berada di pentas dunia, di Persidangan APEC di Papua New Guinea, Menteri Kabinet beliau Anthony Loke membicarakan isu slipper dan Tag Keselamatan di KLIA.
- Sebelum itu, Menteri Pendidikan dia HEBOH dengan kelulusan khas kepada pelajar-pelajar sekolah boleh memakai KASUT HITAM.
- Manakala, Menteri Agama pula, RIUH membicarakan keperluan golongan LBGT memerlukan TOILET mereka sendiri.
- Terkini, Pengerusi TVET (Nurul Izzah), SIBUK mempersoalkan sama ada anak perempuan seorang yang beragama Islam, perlu berkhatan atau tidak dari segi hukum agama?
Sesungguhnya, patutlah Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri pening kepala yang berterusan kerana dia mempunyai barisan Kabinet Menteri-Menteri yang Tidak Cerdik dan Menteri yang Sub-Standard.
Kesian Dr. Mahathir. Adalah lebih baik Dr. Mahathir melakukan rombakan Kabinet di dalam waktu terdekat ini.
Salam.
DSBA
20 November 2018