APAKAH KITA INI RACIST ATAU PEJUANG BANGSA? (Bahagian Kedua)

290
SHARES
931
VIEWS

ADAKAH KITA INI RACIST ATAU PEJUANG BANGSA?
(Bahagian Kedua):

Isu video clip Beer Promoter Calsberg di Pasaraya Giant Ampang rupanya mendapat perhatian WANITA MCA.

Wanita MCA pada 20 November 2018 telah membuat laporan polis berkenaan dengan video clip ini.

Wanita MCA menuduh bahawa lelaki Melayu (yang di dalam video tersebut – wajah tidak kelihatan), dituduh kononnya:

Racist, bertindak kasar dan menunjukkan isyarat lucah dengan tangan terhadap jurujual gadis Cina tersebut (promoter) di Pasaraya Giant di Ampang.”

Wanita MCA juga menuduh bahawa lelaki Melayu tersebut membuli gadis Cina ini.

Wanita MCA juga turut menyatakan bahawa mereka merasa hairan perkara sedemikian boleh berlaku di Era Malaysia Baru Kerajaan Pakatan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemuda Melayu tersebut.

HAKIKAT SEBENARNYA

Ketika pergaduhan lisan di antara kedua-dua belah pihak, pemuda Melayu dan gadis Cina tersebut, perkara pokok yang sepatutnya dipersoalkan ialah:

Sejak bila promosi beer dibenarkan di Pasaraya Giant Ampang, di mana tempat majoriti orang Melayu/ Islam tinggal dan membawa keluarga mereka membeli barang keperluan rumah?

Setelah melihat video clip tersebut, gadis Cina ini jelas menyatakan;

Are you being Racist?”

Ini satu provokasi.

Manakala, budak Melayu tersebut menyatakan,

“Ini bumi Melayu. Boleh cakap Melayu?”

Ini juga telah ditafsirkan sebagai ayat yang membawa kepada provokasi.

DI HUJUNG VIDEO TERSEBUT:

Gadis Cina ini, telah bercakap dengan menggunakan bahasa Cina, yang bermaksud:

“Oh. I am Malaysian.”

Ini juga merupakan satu provokasi.

Apa yang jelas di insiden ini ialah Wanita MCA cuba menjadi hero di dalam isu ini di Era Malaysia Baru Dr. Mahathir.

Manakala, pemuda Melayu tersebut pula cuba mempertahankan hak orang Islam yang tidak mahu promosi beer dilakukan di tempat awam seperti tempat tersebut.

Semalam, Sultan Selangor mengarahkan papan tanda jalan yang ada tulisan Cina diturunkan dan diganti dengan papan tanda jalan tulisan Melayu sahaja.

Hari ini, kita mahu bertanya kepada pihak berkuasa Ampang Jaya, semenjak bila Carlsberg Beer dibenarkan membuat promosi beer di dalam pasaraya-pasaraya di negeri Selangor?

Sebelum Era Malaysia baru, promosi beer hanya dibenarkan di kelab-kelab malam dan di Entertaiment Outlet.

MOHON RAKYAT BERTANYA.

Salam.

DSBA

22 November 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts