25 TUNTUTAN ORANG MELAYU DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN

1.6k
SHARES
7.1k
VIEWS

Buat YAB Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia ke-7,

Bersama-sama ini saya panjangkan untuk perhatian YAB Tun mengenai 25 Tuntutan Tuntutan Orang Melayu Terhadap Kerajaan Sempena Sambutan ke-70 tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya).

Wahai orang-orang Melayu,

Seringkali kita mendengar pelbagai tuntutan di buat oleh kaum-kaum minoriti terhadap kerajaan.

Seringkali juga kita melihat kerajaan kita menunaikan segala permintaan yang dibuat oleh kaum minoriti berkenaan atas alasan kompromi politik.

Seringkali juga kita melihat satu demi satu hak agama, hak bangsa dan hak tanahair kita terpaksa dikorbankan sedikit demi sedikit oleh kerajaan semata-mata bagi memenuhi tuntutan kaum minoriti kerana sumber yang semakin terhad itulah yang terpaksa kita kongsi dengan kaum lain.

Istilahnya ‘berkongsi’ namun hakikatnya kita memberi lagi dan lagi hak kita kepada mereka sehingga akhirnya apa yang tinggal tak cukup untuk anak cucu kita sendiri.

Realitinya, mereka tidak pernah memberi apa-apa kepada kita, sedang mereka meminta lagi dan lagi dan pemimpin kita memberi dan terus memberi.

Wahai Melayu sekalian, demi kelangsungan hidup bernegara yang berterusan untuk anak cucu kita, marilah kita bersama-sama menuntut kembali hak kita yang sememangnya telah termaktub lama dalam Perlembagaan Persekutuan sejak Malaya merdeka tahun 1957 dahulu.

Sebab generasi bapa dan datuk kita tak pernah membuat tuntutan ini, maka walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan, ia semakin dilupakan oleh kerajaan atas alasan kita tidak pernah menuntut untuk undang2 hak kita tersebut dikuatkuasakan.

Maka dengan lafas Bismillahirahmanirahim, demi masa depan anak cucu waris Melayu yang belum lahir;

ORANG MELAYU DENGAN INI MENUNTUT DARIPADA KERAJAAN PERSEKUTUAN 25 PERKARA BERIKUT:

1. Memperkukuhkan Islam sebagai  Agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

2. Menuntut Institusi Kebajikan Islam diberikan peruntukan lebih besar untuk kerja-kerja kebajikan umat Islam di Malaysia.

3. Menuntut Institusi Wakaf dipengerusikan oleh Raja-Raja Melayu diperkasakan.

4. Menuntut peruntukan hak pendidikan untuk umat Islam menurut perkara 12 (2) Perlembagaan di tambah bagi menambah bilangan Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Pendidikan KAFA dan Kelas-kelas bimbingan keagamaan di semua masjid di setiap daerah di Malaysia.

5. Menuntut hak untuk bersolat Jumaat untuk semua kakitangan sektor swasta dan menghukum semua majikan yang sengaja menghadkan masa rehat bagi membolehkan pekerja beragama Islam menunaikan solat Jumaat.

6. Menuntut agar semua aktiviti di jabatan kerajaan dihentikan selama 10 minit pada waktu solat Zohor dan Asar dan waktu bekerja di tambah 20 minit bagi menggantikan semula 20 minit yang diperuntukkan untuk waktu solat sewaktu jam bekerja berkenaan.

7. Menuntut dihentikan penggunaan istilah Semenanjung Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

8. Menuntut dikembalikan penggunaan istilah Negeri-Negeri Tanah Melayu seperti  yang termaktub dalam Perkara 113 (6), 116 (2), 121 (1) (a) dan 161E (1) Perlembagaan Persekutuan.

9. Menuntut mana-mana tanah di sesuatu negeri yang pada masa ini bukan Tanah Simpanan Melayu mengikut undang-undang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam agar segera diisytiharkan sebagai Tanah Simpanan Melayu menurut Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan.

10. Menuntut mana-mana Tanah Simpanan Melayu yang diambil untuk tujuan pembangunan berbilang kaum digantikan dengan tanah lain dengan keluasan yang sama dengan komersil yang sama menurut Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan.

11. Menuntut dimansuhkan fasal 66 (4A) Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kuasa mutlak kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk meluluskan sesuatu Rang Undang-Undang sebelum diwartakan selaras dengan kedudukan YDPA sebagai Kepala Utama Negara menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

12. Menuntut dikuatkuasakan Perkara 18 (1) Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mana-mana permohonan untuk menjadi warganegara adalah wajib mengangkat ikrar taat setia kepada Raja dan Negara mengikut Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan.

13. Menuntut Kerajaan mendedahkan samada 7.3 juta kewarganegaraan terhadap kaum-kaum lain yang diberikan di antara tahun 1957 hingga 1970 telah melalui proses mengangkat ikrar ini atau tidak.

14. Menuntut dihapuskan penggunaan istilah Bahasa Malaysia kerana istilah berkenaan tidak wujud dalam perlembagaan.

15. Menuntut digunakan kembali istilah Bahasa Melayu seperti yang diperuntukkan dalam perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

16. Menuntut fasal wajib untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang media, kertas kerja dan pembentangan serta meminda Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 bagi mendakwa mana-mana pihak yang tidak menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan rasmi.

17. Menuntut semua papan tanda jalan/perniagaan/bangunan menggunakan istilah Bahasa Melayu yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka serta memberikan kuasa pendakwaan dan penyitaan kepada DBP terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan Bahasa Melayu ini.

18. Menuntut agar semua prosiding di Mahkamah menggunakan Bahasa Melayu dan hanya kebenaran khas ketua Hakim Negara sahaja membolehkan selain dari Bahasa Melayu digunakan. Untuk perbicaraan di mahkamah.

19. Menuntut kerajaan tidak lagi meluluskan permohonan dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan kerana sekolah vernakular baru selepas Hari Merdeka tidak dibenarkan dalam Perlembagaan.

20. Menuntut sistem persekolahan 1 aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.

21. Menuntut Perizaban quota berkenaan perkhidmatan awam, biasiswa, keistimewaan pendidikan, latihan, kemudahan khas, lesen, permit perniagaan dan pertukangan untuk orang Melayu mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

22.  Menuntut agar Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan kembali dan pemilikan ekuiti 30% Orang Melayu di kembalikan menjadi dasar utama kerajaan dan ditingkatkan kepada 40% pegangan ekuiti individu Melayu dalam kek ekonomi negara menjelang 2040.

23. Menuntut agar sebuah Suruhanjaya Hak Istimewa Melayu ditubuhkan di bawah Parlimen khusus untuk menasihati YDPA untuk menjalankan kuasa Baginda menurut perkara 153 Perlembagaan dan memantau pelaksanaan dasar kerajaan samada menepati semangat perkara 153 Perlembagaan atau tidak.

24. Menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri dikembalikan.

25. Menuntut agar titah Majlis Raja2 berkaitan isu-isu negara diberikan perhatian dan tindakan segera oleh Kerajaan di bawah Perkara 38(3) Perlembagaan Persekutuan.

PERJUANGAN INI SUDAH TERLAMBAT UNTUK KITA TETAPI MASIH TERLALU AWAL UNTUK CICIT-CICIT KITA YANG BELUM LAHIR. SEMOGA MEREKA AKAN SENTIASA MENDOAKAN RAHMAT UNTUK KITA ALMARHUM DATUK-DATUK DAN MOYANG-MOYANG MEREKA,

IN-SYA ALLAH.

(Sila kongsikan tuntutan ini jika anda bersetuju dengannya)

JANGAN LAGI MELAYU DIBULI

Disediakan oleh;

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Peguambela & Peguamcara

0129770412

(Mohon share dan turunkan tandatangan sokongan anda secara online terhadap 25 Tuntutan Melayu terhadap Kerajaan Persekutuan ini;

https://bit.ly/TuntutanPerlembagaan)

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts