HIMPUNAN 812: TEGAKKAN MARUAH, JANGAN HILANG FOKUS

817
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Anuar Shaari

4 Disember 2018

1. Himpunan 812 membantah ratifikasi ICERD adalah manifestasi perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanahair.

Perhimpunan ini adalah peluang terbesar umat Islam dan Melayu menunjukkan bantahan terhadap kerajaan PH yang hanya berhasrat menangguhkan ratifikasi ICERD, bukan menolaknya secara total!!

2. Mengapa begitu susah pemimpin kerajaan mahu bersuara menolak ratifikasi ICERD cadangan P. Waytha Moorthy dengan sokongan sepenuhnya DAP (namun malu-malu kucing menyatakan sokongan padu). Pejabat PM hanya mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanda tangan mengatakan tidak akan melaksanakan ratifikasi ICERD.

3. Anwar Ibrahim pula menyatakan dengan jelas, kerajaan hanya mahu menangguhkan pelaksanaan ratifikasi ICERD. Alasannya Malaysia terikat dengan beberapa peraturan kerana Malaysia adalah anggota PBB. Dr. Mujahid pula tanpa segan silu mempelawa masyarakat yang kurang faham tentang ICERD segera datang menemui beliau supaya beliau boleh memahamkan mereka yang tidak faham.

4. Lim Guan Eng pintar bermain tai chi dalam isu ini. Tidak mahu komen langsung isu yang boleh menjayakan perjuangan DAP selama ini iaitu ‘Malaysian Malaysia’. Apa agenda sebenar DAP tidak mahu bersuara langsung memperjuangkan pelaksanaan ICERD? Respon terhadap hasrat mengadakan perhimpunan juga dijawab ‘sipi-sipi’ sahaja oleh Guan Eng dan DAP.

5. Sebenarnya isu ini membara kerana kegagalan pimpinan Melayu dan Islam PH menjamin hak orang-orang Melayu-Islam serta Bumiputera di dalam negara, tanpa mengganggu hak masyarakat lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan. Sebagai pihak yang berkuasa, kerajaan PH tentunya boleh memberi jawapan konkrit serta bertindak tidak akan melaksanakan ratifikasi ICERD.

6. Kerana kegagalan kerajaan PH inilah maka rakyat Melayu-Islam, Bumiputera dan semua pencinta kesaksamaan perlu bangkit menunjukkan bahawa kita bersatu menentang ratifikasi ICERD. Perhimpunan ini bukanlah himpunan berorientasikan keganasan. Ini adalah himpunan aman pernyataan pendirian kita menolak ratifikasi ICERD secara total.

7. Satu ‘signal’ besar perlu dihantar kepada kerajaan PH bahawa jangan diganggu gugat perkara-perkara asas yang sekian lama menjadi tunggak negara. Biar masyarakat dunia juga tahu bahawa Malaysia tidak perlu menandatangani ratifikasi ICERD kerana masyarakat Malaysia sentiasa bertolak ansur dan cintakan negara mengikut acuan Malaysia sendiri. Rakyat Malaysia tidak perlukan orang luar menunjuk ajar kita bagaimana menguruskan Malaysia…

Maka itu, bangkitlah wahai umat Melayu-Islam, Bumiputera serta semua pencinta keamanan.

Bersatulah menunjukkan perasaan kita semua pada 8 Disember nanti. Perjuangan ini adalah perjuangan kita. ‘Survival’ ini perlukan usaha dan pengorbanan dari kita semua. Jika bukan kita, siapa lagi yang akan berjuang untuk kita?

Ayuh Bangkit!!!  Bersama kita sertai perhimpunan 812 Sabtu ini di Dataran Merdeka nanti…..

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts