TAHUKAH DR. MASZLEE MAKNA ‘MAGRUDADA’?

156
SHARES
504
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

4 Disember 2018

Saya ingin memperkenalkan satu istilah Spanish ‘Magrudada‘ kepada Dr. Maszlee. Ia bermaksud “kegelapan di waktu pagi sebelum fajar menyinsing atau cahaya awal timbul”.

Mungkin Dr. Maszlee mengandaikan selepas 9 Mei, waktu gelap itu adalah zaman BN dan fajar menyinsing itu ialah apabila PH menang pilihanraya. Fajar menyinsing membawa cahaya awal akan berlaku jika usaha usaha brilliant dilakukan.

Tetapi dengan adanya kualiti Menteri seperti Dr. Maszlee nampaknya kegelapan pagi itu akan berterusan sampai ke waktu matahari tenggelam dan berterusan hingga ke subuh esoknya.

Bahkan sebenarnya kegelapan pagi sudah bermula apabila PH menang pada 9 Mei itu. Prof. Datuk Salleh Buang pakar perundangan terkenal menyatakan idea Dr. Maszlee untuk memasukkan kes 1MDB dalam subjek sejarah adalah hilang akal. Ia dianggap subjudis kerana masih dalam perbicaraan dan kontroversi.

Sebenarnya Malaysia Baru jika mahu dibina sememangnya bermula di sekolah. Tetapi kalau kualiti Menterinya seperti hilang akal sebagaimana dakwa Datuk Salleh Buang, maka generasi yang dilahirkan adalah generasi hilang akal.

Apa kata dalam subjek moral dimasukkam mata pelajaran LGBT dan kes Anwar Ibrahim yang sudah dipenjarakan dimasukkan sebagai case study? Tentu orang PKR kata bukan lagi hilang akal tetapi ‘gila’.

Pada Tun Mahathir, Maszlee dan Waytha Moorthy adalah Menteri berprestasi tinggi. Apakah itu sindiran?

Atau Tun M memang ikhlas, Mazlee berprestasi tinggi kerana dia buat kerja ‘hilang akal’ seperti terus menyerang 1MDB. Rais Yatim kata, “Masya Allah, saya bimbang nasib KPM dan sia-sia dia jadi Menterinya.”

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts