Tan Sri Amrin Buang memberi penjelasan bahawa Audit Report Terakhir (The Final Report) mengenai 1MDB tidak diubahsuai.
Laporan/report yang dipinda adalah DRAF-DRAF AWAL mengenai laporan 1MDB tersebut.
Ada 10 perkara di dalam draf tersebut yang dipinda.
Pembongkaran kononnya Laporan Audit 1MDB telah dipinda sebelum diberikan kepada Kabinet dan Parlimen adalah satu PEMBOHONGAN oleh Tan Sri Madinah Mohamad (Auditor General sekarang).
Akibat pembohongan ini, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh dipecat dari jawatan Pengerusi Bank Rakyat tanpa usul periksa.
Inilah yang dinamakan RULE OF LAW ala kerajaan Mahathir Mohamad.
Madinah harus disiasat kenapa beliau BERBOHONG kepada media dan rakyat. Adakah ini bertujuan untuk mengambil hati Dr. Mahathir dan Kerajaan Pakatan?
Kenapa Shukry, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri dipecat tanpa usul periksa?
Adakah ini cara Kerajaan Pakatan mahu menggantikan Pengerusi Bank Rakyat dengan kroni mereka?
Kita tunggu dan lihat siapa bakal menjadi Pengerusi Bank Rakyat yang baru.
Salam.
DSBA
5 Disember 2018