HISHAMUDDIN BIDAS CHIN TONG TIDAK SEMAK DENGAN MEIO, SB DAN MKN

1.3k
SHARES
3.7k
VIEWS

Setelah hampir tujuh bulan memerintah, jelas menunjukkan ramai dalam kalangan menteri Pakatan Harapan yang dilantik oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan sahaja tidak pandai membuat kerja, malah gagal memahami tugas masing-masing.

Sebelum ini Menteri Pertahanan Mat Sabu telah membuat kesilapan besar dengan mendedahkan maklumat sulit di kabinet yang sepatutnya dibuat secara tertutup apatah lagi jika ia berkaitan kekuatan aset ketenteraan negara yang sering diintai oleh negara jiran.

Terkini, Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong pula mengambil peranan ketuanya, dengan mendedahkan rahsia yang tertakluk di bawah akta rahsia rasmi negara yang perlu dinyahrahsiakan terlebih dahulu atau ‘declassified‘ sebelum boleh dibincangkan secara terbuka.

Penjelasan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein meminta mereka menyemak dengan pelbagai agensi keselamatan dan risikan sebelum membuat tuduhan.

“Dia lupa apa dia Majlis Keselamatan Negara. Sebab dia kata tidak bawa ke Kabinet.”

“Dia patut tanya pada External Intelligence Office, tanya kepada SB, MKN apa yang kita lakukan. Tetapi mesti ‘declassify‘ kerana ini membabitkan kepentingan negara.”

“You siasat dengan orang yang betul-betul buat (risikan). Dia tidak tahu 763 (pelajar) kita diselamatkan, itu dia tak cerita.”

“Semua itu rahsia negara. Saya tak boleh dedahkan sekarang. Tapi kalau nak buat (siasatan), gunakan agensi di bawah mereka sekarang.”

Apa yang menyedihkan, Kementerian Pertahanan sendiri melalui Menteri dan Timbalan Menterinya ghairah mencari kesalahan Menteri terdahulu namun tidak peduli dengan misi-misi rahsia yang  boleh mengancam keselamatan negara sekiranya terbongkar.

Mereka juga tidak peduli dengan kesan sampingan, antaranya hubungan baik bilateral antara negara terutamanya dengan Arab Saudi yang bakal terjejas serta nyawa rakyat Malaysia yang terlibat bakal terancam melalui ‘pendedahan’ mereka yang kononnya untuk menegakkan ‘rule of law’.

Hakikatnya sebenarnya mereka tidak menyiasat dengan terperinci namun terus menuding jari dan meletakkan kesalahan kerana sifat pembangkang telah sebati dengan mereka tanpa memikirkan kesan yang lebih besar.

Sebagai rekod, ini ‘pendedahan’ kali ketiga Kementerian Pertahanan yang boleh mengeruhkan hubungan  negara dengan Arab Saudi di mana sebelum ini Mat Sabu membuat kenyataan untuk;

  • Menarik balik tentera negara yang ditempatkan di Riyadh, Arab Saudi
  • Menutup Pusat Keamanan Raja Salman di Putrajaya yang diasaskan sendiri oleh Raja Salman
  • Terkini, mempertikai Ops Yaman 2 yang menuduh kerajaan sebelum ini menghantar tentera dan peralatan bagi membantu Arab Saudi untuk berperang dengan Yaman

Dalam pada itu, Hishamuddin turut memberi amaran dengan menarik kembali anggota tentera dari Yaman akan membahayakan nyawa lebih 700 rakyat Malaysia yang masih berada di negara itu yang menurut Chin Tong kerana mereka itu sendiri yang tidak mahu pulang.

“Sekarang mereka dah tarik balik, Nauzubillah, kalau sesuatu berlaku, minta Chin Tong atau Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah selamatkan mereka.”

Namun Chin Tong seolah-olah tersilap apabila mengaku bahawa dalam Ops Yaman 2, beliau mengatakan dengan jelas bahawa tentera Malaysia dihantar untuk membantu Pakatan Arab dalam perang dengan Yaman, TETAPI (MEREKA BERADA) DALAM ARAB SAUDI.

Penjelasan beliau itu boleh dilihat melalui pautan di bawah bermula pada minit ke 7.38, yang selari dengan jawapan Hishamuddin bahawa tentera Malaysia tidak berada di Yaman, selain fakta mereka tidak dilatih untuk bertempur.

Selain itu, Chin Tong wajar membuktikan bahawa dalam Ops Yaman 2, Malaysia telah menghantar alatan persenjataan untuk membantu Arab Saudi berperang dengan Yaman.

Antaranya melalui pendedahan saksi seperti anggota tentera terlibat, video dan gambar senjata tersebut sedang diangkat dan dihantar beserta dengan perincian kapal terbang ataupun kapal yang terlibat dalam mengangkut segala peralatan tersebut.

Ini kerana untuk melaksanakan perkara tersebut tentunya melibatkan sejumlah besar anggota tentera dan peralatan logistik Angkatan Tentera Malaysia termasuk dokumentasi pengeluaran senjata dari kem mana untuk dihantar ke Arab Saudi, yang mustahil tidak boleh dibuktikan jika benar-benar berlaku seperti dakwaan beliau.

Jika tiada, seperti biasa tentulah hanya tuduhan-tuduhan semberono dan bodoh untuk mencari kesalahan tanpa memikirkan akibat yang lebih besar iaitu bakal menyulitkan hubungan bilateral negara dengan Arab Saudi di masa hadapan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts