KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA MENGENAI KEMATIAN ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB

544
SHARES
1.8k
VIEWS

AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB MOHD. KASSIM

1. ANGGOTA BOMBA MUHAMMAD ADIB MOHD. KASSIM TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA 17 DISEMBER, JAM 9.45 MALAM.

2. SELURUH WARGA PERKASA TURUT BERSEDIH DI ATAS KETENTUAN ALLAH YANG MAHA ESA DAN MENDOAKAN SEMOGA ROH ALLAHYARHAM DITEMPATKAN DI KALANGAN PARA SOLIHIN. AMIN.

3. UCAPAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELUARGA ALLAHYARHAM DAN BERSABARLAH MENERIMA DUGAAN DAN KETENTUAN ALLAH SWT.

4. MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB SUDAH DILEPASKAN OLEH HUKUMAN RINGAN DI MAHKAMAH BEBERAPA HARI LALU. BEGITU CEPAT KES INI DIBAWA KE MAHKAMAH. KINI BERLAKU KEMATIAN.

5. OLEH KERANA KES SUDAH SELESAI DIBICARA DI MAHKAMAH MAKA “PERKASA MENDESAK KERAJAAN MENUBUHKAN SEGERA PROSIDING SIASATAN DIRAJA (RCI) BAGI MEMUTUSKAN SIAPA PEMBUNUH ADIB DAN MENERIMA HUKUMAN SETIMPAL.”

KERAJAAN BOLEH MENUBUHKAN ‘RCI’ DEMI KEADILAN ADIB SEPERTI MANA KES TEOH BENG HOCK.

6. JIKA KES INI BERLAKU KEPADA ORANG BUKAN MELAYU PASTI RIUH RENDAH DESAKAN UNTUK TUBUH RCI.

7. PERKASA MENDESAK KERAJAAN MENGUMUMKAN PENUBUHAN “SURUHANJAYA DIRAJA” (RCI) BAGI MENYIASAT KES KEMATIAN ADIB MOHD KASSIM ANGGOTA BOMBA DALAM TEMPOH 48 JAM.

SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB MESTI TERIMA HUKUMAN SETIMPAL.

TIADA ALASAN OLEH KERAJAAN UNTUK MENOLAK PENUBUHAN RCI BAGI MENYIASAT KEMATIAN ALLAHYARHAM ADIB.

YA ALLAH RAHMATILAH KE ATAS ROH ALLAHYARHAM MUHAMMAD ADIB MOHD KASSIM.

AMIN.

Oleh Dato Paduka Dr Ibrahim Ali @ Tok Him

Presiden PERKASA

17 Disember 2018

11 malam

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts