INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROJIUN DAN AL-FATIHAH

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Satu negara bersedih atas pemergian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, seorang anggota bomba yang parah dipukul ketika sedang menjalankan tugas dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman pada 27 November lepas.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah. Difahamkan jenazah akan dibawa pulang pada malam ini juga untuk urusan pengkebumian.

Dalam keadaan satu negara berduka mendengar kematiannya, sang pelaku dibebaskan.

Dalam keadaan satu negara mengutuknya, sang pelakunya tetap bebas berkeliaran.

Dalam keadaan satu negara tahu mangsa dipukul dalam rusuhan, sami kuil pertahan beliau dilanggar kenderaan.

Dalam keadaan satu negara berdukacita inginkan keadilan, namun adakah keadilan mampu ditegakkan?

Hanya kerajaan mampu jelaskan dan sekaligus menyelesaikan.

Apapun kemungkinan, Muhammad Adib tetap tidak mampu dikembalikan.

Kita redha namun pelakunya kami tuntut dibawa ke muka pengadilan.

Sudah-sudahlah berpolitik panjang kerana tidak mahu si polan, si polan.

Akhirnya satu negara terkesan, kerjapun tidak jalan.

Uruskan masalah perlahan-lahan namun semuanya diselesaikan.

Bukannya asyik beralasan, yang tidak berkesudahan.

Semoga roh Muhammad Adib ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Al-Fatihah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts