ADAKAH DAP PERLU DIPERTANGGUNGJAWABKAN ATAS KEMATIAN MUHAMMAD ADIB?

727
SHARES
2.5k
VIEWS

Oleh Anuar Shaari

18 Disember 2018

1. Pemergian PB Muhammad Adib adalah titik hitam dalam pemerintahan Malaysia Baharu yang diketuai DAP (DAP led Pakatan). Sikap pemimpin mereka yang sengaja membakar api perkauman dengan menuduh umat Melayu-Islam semasa pencerobohan kuil tempohari ibarat menyimbah minyak petrol ke dalam api yang sedang marak. Ada pula pelakon tambahan yang ditonjolkan DAP menyalahkan polis bagi menjatuhkan imej penjawat awam yang hanya menjalankan tugas mereka mengikut prosedur tertentu.

2. Akibat perilaku V. Ganabatirao (DAP) dan P. Waytha Moorthy (HINDRAF), pengikut mereka bangkit mempertahankan konon kuil mereka sedang dalam bahaya dek ancaman dari orang Melayu-Islam di sekeliling mereka. Berlaku rusuhan dan apabila pihak bomba mahu memadamkan api akibat rusuhan tersebut, mereka (bomba) menjadi sasaran akibat sikap pemimpin DAP yang cuba menjadi ‘hero’ di saat kritikal ini. Di mana suara Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang boleh menasihati pemimpin-pemimpin DAP agar bertenang dan mengawal keadaan?

3. Di mana Nga Kor Ming yang sering memetik ayat-ayat Quran semasa ceramah-ceramah beliau? Tidak jumpakah satu dari banyak ayat di dalam Al Quran bahawa agama islam sentiasa membawa mesej kedamaian dan keamanan? Adakah Menteri di JPM yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal agama (mendakwa beliau menteri bagi semua agama) juga terlupa untuk menasihatkan ‘abang besar’ mereka dalam DAP bahawa Islam adalah agama kedamaian dan keamanan? Mengapa tidak dinasihat agar pemimpin DAP berhenti menghasut pengikut mereka? Sebaliknya yang disantuni adalah sami kuil yang menuduh bomba sendiri yang melanggar Muhammad Adib. Mahfuz juga diam menikus, barangkali takut untuk menegur DAP.

4. Nasi telah menjadi bubur, yang telah pergi tidak akan kembali lagi. Namun kematian Muhammad Adib haruslah dibela seadil-adilnya. Polis telah mengeluarkan kenyataan meminda siasatan dan diklasifikasi semula sebagai kes bunuh. Kita mahu Peguam Negara mengambil langkah tegas mengarahkan suspek bunuh Muhammad Adib yang telah dibebaskan dengan jaminan ditangkap semula. Jangan ada jaminan bagi kes pembunuhan kejam seperti ini! Perbicaraan harus disegerakan kerana rakyat mahukan keadilan bagi Muhammad Adib.

Al Fatihah buat PB Muhammad Adib,  semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin….

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts