JANGAN TERTIPU DENGAN PERMAINAN POLITIK DR. MAHATHIR DAN NURUL IZZAH

450
SHARES
2.6k
VIEWS

Sehari dua ini, Nurul Izzah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden PKR, Pengerusi PKR Pulau Pinang dan semua jawatan di dalam Kerajaan Persekutuan kecuali Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Peletakan jawatan Nurul, penuh dengan kejutan. Apa pula masalah Nurul yang masih single?

Perjumpaan antara Nurul, KJ dan Rafizi di BSC (Bangsar Shopping Centre) membawa pelbagai andaian. Kalau hendak menyorok dari mata rakyat, banyak tempat lain boleh berjumpa.

Yang pasti perjumpaan di BSC secara terbuka, mahukan public mengetahui pertemuaan ini. BSC merupakan antara tempat popular untuk orang-orang politik berjumpa di kota Kuala Lumpur.

Kemungkinan besar, mereka mahu pertemuan ini diketahui oleh Dr. Mahathir dan musuh-musuh politik mereka.

KJ mahukan pemilihan Presiden UMNO di adakan semula. KJ mahu tunjukkan kepada public bahawa dia boleh bekerjasama (working relationship) dengan Nurul dan Rafizi.

Adakah tindakan Nurul meletakkan jawatan-jawatan ini, disuruh oleh Papa? Atau ini tindakan peribadi Nurul?

Nurul semalam telah memberi penjelasan bahawa peletakan jawatan ini adalah kerana beliau tidak setuju dengan tindakan Dr. Mahathir menerima Ahli-Ahli Parlimen, ADUN dan bekas pemimpin-pemimpin UMNO, bertujuan untuk mengukuhkan parti BERSATU.

Kemasukan bekas pemimpin-pemimpin UMNO ini, akan melunturkan USAHA REFORMASI yang dilakukan selama ini. Perjuangan reformasi selama ini tidak akan membawa sebarang makna apabila musuh politik selama ini menyusup masuk ke dalam gagasan parti politik mereka melalui pintu belakang.

Dr. Mahathir mungkir janji dengan menerima bekas pemimpin-pemimpin UMNO ini. Sekiranya janji inipun Dr. Mahathir mungkir, ada kemungkinan janji kepada Anwar Ibrahim juga tidak akan ditunaikan.

Sungguh licik permainan politik Nurul Izzah.

Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981 hingga 2003 iaitu selama 22 tahun (kali pertama).

Pada tahun 1998, 20 tahun yang lalu, demostrasi reformasi besar-besar bermula di Dataran Merdeka bagi menyuarakan tentangan terhadap Dr. Mahathir. Ketika itu Dr. Mahathir sudah menjawat jawatan Perdana Menteri selama 17 tahun.

Kini, baru menjawat jawatan PM untuk kali kedua selama 6 bulan. Rakyat sudah berdemo besar-besaran menentang ratifikasi ICERD.

Kita perlu mendengar kembali cerita-cerita dari mereka di dalam Gabungan Pakatan Harapan ini.

Orang yang pertama menyusun strategi membawa Dr. Mahathir berjumpa dengan pimpinan Pakatan Harapan ialah Nurul Izzah.

Nurul dan Rafizi menyusun agar pakatan bersama Dr. Mahathir ini menjadi satu realiti bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Najib Razak dan membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara.

Pertemuan sulit diatur di London, jauh dari pandangan rakyat Malaysia.

Kini, orang yang merencanakan kemasukan Dr. Mahathir ke dalam gabungan parti Pakatan menyatakan pendirian beliau, TIDAK BERSETUJU DENGAN CARA DR. MAHATHIR memerintah negara ini dan menerima bekas pemimpin-pemimpin UMNO.

Krisis di dalam Kerajaan Pakatan Harapan kini sudah bermula. Keretakan yang kecil sudah jelas kelihatan.

Sama ada keretakan kecil ini, akan membawa kepada perpecahan yang lebih besar dan kehancuran Pakatan Harapan, sesuatu yang belum pasti.

Apapun, Kerajaan Pakatan yang umpama seekor naga yang mempunyai 4 kepala, kelihatan berada di dalam keadaan yang rapuh buat masa ini.

Salam.

DSBA

20 Disember 2018

Sepang, Selangor

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts