HADI AWANG DAN ISU PILIHANRAYA PBT DI LONDON

584
SHARES
1.8k
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

26 Disember 2018

Ahli DAP Ben Singh mengemukakan soalan secara kasar, biadap dan rasis terhadap Hj Hadi Awang semasa sesi dialog di London. Beliau bertanya kenapa PAS membantah pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Tingkah laku Ben Sing itu menjawab betapa rasisnya beliau dan kenapa pilihanraya PBT tidak sesuai diadakan semula? Apa demokrasi yang beliau perjuangkan sedangkan beliau sering menganggu Haji Hadi yang sedang menjawab soalan.

Sikap rasis beliau terserlah apabila menuduh Hadi hidup di bawah tempurung kerana terikat dengan ajaran Al Quran buku abad ke-6.

DAP terutamanya Lim Kit Siang adalah pendokong kuat pilihanraya PBT. Ia adalah janji pilihanraya. Amat menghairankan, DAP mencari berbagai alasan untuk tidak melangsaikan janji pilihanraya yang melibatkan periuk nasi rakyat.

Tetapi janji yang melibatkan penambahan kuasa DAP seperti pilihanraya PBT mereka berusaha keras melaksanakannya.

Kenapa? Sudah tentu DAP mahu mengukuhkan kuasa mereka terutamanya di bandar. Bandar akan dijadikan sebagai “kuasa tawar menawar DAP” atau bargaining power untuk terus dominan dalam politik “kuasa” di Malaysia.

Kalau mahu berhujah dari aspek berkhidmat untuk rakyat, DAP sudah lama berkuasa di bandar melalui ahli-ahli Parlimen mereka kecuali Johor Baharu dan Kuantan. Tetapi apa sumbangan mereka?

Wakil Rakyat DAP di bandar selalu berat sebelah kerana masalah penjaja kecil Melayu, gerai gerai Melayu, pemandu teksi yang majoritinya Melayu, kemiskinan bandar yang majoritinya Melayu dan setinggan Melayu kurang diberikan perhatian oleh Ahli Parlimen DAP.

Ramai yang lupa, negeri pertama melaksanakan pilihanraya PBT ialah Pulau Pinang pada tahun 1951. Ketika itu timbul percanggahan dan pertindihan kuasa antara Majlis Bandaraya yang di kuasa oleh Barisan Sosialis dengan Kerajaan Negeri dan Pusat yang dikuasai Perikatan.

Apabila Tunku Abdul Rahman mencadangkan diadakan Sambutan Hari Bebas Darurat pada 31 Julai 1960. Beliau mahu semua bangunan di bandar dihias dengan bendera. Tetapi Majlis Bandaraya George Town enggan melaksanakannya. Konflik tersebut merebak. Akhirnya pilihanraya PBT dibatalkan pada tahun 1970. Akta Kerajaan Tempatan 1960 (Akta 473) telah dimasuhkan.

Maka apakah masalah yang sama tidak akan berulang jika ada pilihanraya PBT?Mungkin akan berlaku konflik kuasa dan autoriti, pertindihan kuasa, pilih kasih, perkauman, politiking, kempen panas, janji kosong. Bayangkan tanda jalan dan papan iklan tidak lagi menghormati kedaulatan Bahasa Malaysia.

Melalui kuasa yang mereka pegang di Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah akan dijadikan tekanan kepada mana-mana Menteri Besar dan Menteri apatah lagi dari parti yang berbeza yang memerintah kerajaan negeri dan pusat kerana kuasa PBT di tangan mereka.

Justeru pilihanraya PBT wajar ditolak. Ia tidak sesuai dengan geopolitik Malaysia. Isu ICERD sahaja termasuk pembunuhan Adib boleh menimbulkan ketegangan maka apatah lagi dengan pilihanraya PBT.

Ia hanya memanaskan suhu politik perkauman di Malaysia. Hairan, Perdana Menteri tolak tetapi Menterinya YB Zuraida setuju pula.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts