TUN, TUNAI JANJI ATAU KHIANAT LAGI?

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Ahli-ahli Bersatu minta Tun jadi PM sehingga PRU-15.

Mukhriz kata tidak salah, boleh.

Tun Mahathir kata tidak, janji mesti ditunaikan.

Sebelum ini banyak janji-janji Tun tidak tunai, tidak menjadi masalah bagi Tun.

Apatah lagi libat perkara paling besar, serah jawatan PM kepada seteru utama sejak 1998.

Kacau bilau negara sejak 1998, angkara Tun pecat Anwar.

Hingga wujud reformasi dan ABU iaitu Asal Bukan UMNO.

2018 pula peluang dan giliran Anwar selepas lebih 20 tahun berjuang.

Anwar setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan melawan Tun.

Beliau sabar dan percaya dengan janji.

Jika Tun tidak tunai lagi, Tun akan dikenali sebagai Bapa Pengkhianatan.

Bukan hanya khianat terhadap Anwar, malah terhadap Pakatan Harapan.

Kebencian terhadap Tun pula akan memuncak.

Kerana khianat janji, khianat pakatan, khianat rakyat.

Seluruh rakyat pengundi Barisan Nasional atau yang sememangnya tidak suka PH, dah lama anggap Tun pengkhianat.

Kali ini satu negara dikhianatinya.

Cuma adakah Tun sanggup mengkhianati seluruh negara?

Semoga di usia yang lanjut, beliau sekurang-kurangnya menunaikan janji.

Sebelum dijemput malaikat, yang tidak akan tersilap menjemputnya.

Kita tunggu dan lihat perkembangan di tahun 2019.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts