AZMIN SEMAKIN BERNAFSU MENJADI PM

636
SHARES
2.1k
VIEWS

Datuk Seri Mohd. Azmin semakin tidak sabar menjadi Perdana Menteri.

Bukan rahsia lagi cakap-cakap di kem Bersatu Azmin akan jadi Perdana Menteri, bukannya Anwar.

Walau berbuih mulut Tun Mahathir kata akan tunai janji.

Namun adakah orang keliling Tun rela Tun menunaikan janji?

Adakah mereka rela Anwar menjadi PM serta ‘mengejar dan mengajar’ mereka semula?

Maka mereka cuba meletakkan Azmin sebagai PM seterusnya.

Azmin sendiri kelihatan cuba meletakkan diri dalam senarai ‘PM menunggu’.

Sehinggakan pertelagahan dengan Anwar semakin tidak dapat beliau bendung.

Anak Azmin sendiri mengkritik Anwar, kata Anwar dah ‘seasoned‘.

Maksudnya berilah pada orang muda, bapanyapun muda lagi.

Elok anak Azmin kata kepada Tun, Anwar jauh lagi muda dari Tun.

Anak-anak dan keluarga Azminpun tak sabar nak lihat Azmin jadi Perdana Menteri.

Merekapun tidak mampu menyorok keinginan masing-masing.

Mentang-mentang Azmin anak angkat emas Tun.

Kalau tiada sekelumit jasa Anwar yang anak Azmin tidak boleh kenang, takkan Azmin setidaknya boleh tegur anaknya agar jangan kritik Anwar secara terbuka.

Ajarlah anak sendiri hormat orang tua.

Nanti kelak beliau tua, anak sendiri buang baru tahu.

Jelas Azminpun tak kisah anak dan keluarganya kritik Anwar.

Nafsu dan besar kepala menguasai Azmin.

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts