Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula jadi broker ajak Ahli Parlimen UMNO keluar dan lompat masuk Bersatu.
Pertemuan dengan Datuk Seri Azmin Ali di rumah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.
Hishamuddin juga bercuti di Maghribi bersama Azmin sekeluarga.
Apa muslihat berjumpa jauh-jauh, mesti merancang sesuatu.
Hishamuddin juga broker jika macam itu, ajak Ahli Parlimen keluar UMNO.
Broker pasukan pelompat UMNO ini juga minta Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid letak jawatan sebagai Presiden jika tidak lebih ramai akan lompat.
Macam ada muslihat tidak mahu Zahid sebagai Presiden, selain Zahid dikenali sebagai ‘orang Anwar’.
Alasan keluar UMNO kononnya untuk sokong Tun jika ada undi tidak percaya di Parlimen.
Untuk apa undi tidak percaya di Parlimen?
Konon juga untuk kekang Anwar jadi Perdana Menteri ke-8.
Anwar mahu dikekang kerana beliau baik dengan DAP.
Persoalannya;
Anwar ke yang lantik DAP semua jadi Menteri?
Anwar ke yang buat Menteri-Menteri DAP buat sesuka hati sekarang?
Anwar ke yang biar Menteri Kewangan DAP jarah harta orang Islam seperti Tabung Haji?
Bermakna Tun yang baik dengan DAP, bukan Anwar.
Anwar lepas dapat ‘royal pardon‘ terus berjumpa semua Raja-Raja Melayu.
Anwar janji martabat agama Islam, bahasa Melayu, orang Melayu dan Raja-Raja Melayu.
Sehingga Anwar dikritik pasukan media Tun sendiri.
Tidak pelik kerana Tun pula memang jelas tak suka Raja-Raja Melayu.
Tun juga konsisten hina Melayu sehingga kini seolah-olah jijik betul Melayu ini di matanya.
Apatah lagi Bahasa Melayu dan agama Islam, sehingga Malaikatpun diperlecehkannya.
Walhal Melayu Islam inilah yang menyanjung tinggi Tun sejak dahulu.
Raja-Raja Melayu juga tidak pernah ganggu pentadbiran negara sejak dahulu.
Raja-Raja bersemayam, bertakhta seadanya, mengikut Perlembagaan.
Sedikitpun tidak pernah ganggu sesiapa sebagai kerajaan.
Raja-Raja Melayu patuh dan taat perlembagaan.
Tun pula wujudkan krisis Perlembagaan.
Maka alasan pemimpin UMNO keluar untuk sokong Tun kerana menolak Anwar itu hanya retorik.
Dalam zaman ini digelar ‘sembang kencang’.
Hamzah dan pasukan lompatnya hanya sembang kencang.
Sebenarnya, masing-masing hanya nak selamatkan diri masing-masing.
Elok kerajaan siasat mereka dahulu berbanding Ahli Parlimen lain.
Sudah serah tengkuk, dah expose-kan diri merekalah yang paling takut dalam kalangan pemimpin UMNO yang lain.
Mesti ada apa yang mereka buat dan takutkan, maka kini serah diri dan kerusi sebagai galang ganti.
Semuanya hanya menggunakan Anwar sebagai alasan.
Maka Anwar menjadi ‘sasaran mudah’.
Bersatu beri alasan Anwar masih seperti dahulu, tidak berubah.
Pelompat UMNO diketuai Hamzah dan Hishamuddin beri alasan Anwar baik dengan DAP.
Juga kononnya ‘demi survival kuasa Melayu’.
Sebenarnya semua takutkan Anwar menjadi PM-8.
Beri sahajalah, tunaikan sahaja janji, rakyatpun tidak pening lagi nak meneka-neka.