TENDER DAN PROJEK TRADISI BERSATU?

119
SHARES
385
VIEWS

Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman kata Ketua Bahagian perlu dapat tender dan projek untuk kelangsungan politik masing-masing.

Ucapan beliau mendapat ucapan gemuruh hadirin Bersatu yang hadir.

Yang cakap memalukan Bersatu, yang gemuruh sokongpun memalukan Bersatu.

Bak kata Syed Saddiq, Ketua Armada Bersatu sendiri, UMNO sendiripun tidak cakap secara terbuka.

Ini seorang tua yang menjawat jawatan ketiga tertinggi Bersatu yang sepatutnya menasihati anak muda seperti Syed Saddiq, tetapi Bersatu terbalik pula.

Anak mudanya lagi bermaruah dari yang tua.

Perkara ini menunjukkan Bersatu lagi teruk dari UMNO yang Tun Mahathir sendiri kata jijik.

Sedangkan UMNO ini dibentuk oleh Tun selama 22 tahun.

Bukan Tun Abdullah Badawi bukan Datuk Seri Najib.

Mereka berdua hanya menjalankan tradisi UMNO versi Mahathir.

Kini tradisi yang sama ingin diamalkan dalam Bersatu.

Mereka mula ingin menghidupkan tradisi UMNO zaman Mahathir, walau akar umbi dan rakyat benci dengan cara mereka.

Tidak habis-habis ingin melobi projek dan tender untuk Ketua sendiri.

Syed Saddiq sendiri digelar bodoh oleh Rashid apabila cuba menongkah arus, tidak setuju dengan tender dan projek.

Rashid kata Saddiq bodoh juga mendapat tepukan gemuruh hadirin Bersatu yang seolah-olah dipukau apabila mendengar ‘tender’ dan ‘projek’.

Rupanya inilah tujuan pemimpin Bersatu berpolitik.

Bukan perjuangkan rakyat, tetapi bagi mendapatkan ‘tender’ dan ‘projek’.

Tun dan Muhyiddin sendiripun tidak menyanggah Rashid.

Diam tanda setuju.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts