KARPAL DEMOKRAT TULEN YANG MENINGGIKAN PERLEMBAGAAN?

129
SHARES
417
VIEWS

“Mendiang Karpal Singh adalah demokrat tulen yang meletakkan Perlembagaan sebagai dokumen paling tinggi dalam politik negara ini.”

“Apa sahaja yang bercanggah dengan Perlembagaan akan disanggahnya.”

Demokrat tulen?

Meletakkan Perlembagaan sebagai dokumen tertinggi?

Apa sahaja yang bercanggah dengan Perlembagaan akan disanggahnya?

Lawak Tahun Baru oleh wartawan Roketkini yang sentiasa meletakkan pemimpin DAP di tahap ‘maksum’.

Maka tidak peliklah apabila pemimpin DAP dilabel sebegitu tinggi.

Pemimpin DAP-lah yang paling suci, bersih dan paling betul di negara ini berbanding ahli politik lain.

Maka tidak peliklah jika wartawan DAP melalui Roketkini berkata Karpal sebagai demokrat tulen, mendaulatkan dan mempertahankan Perlembagaan.

Ini kerana siapa tidak kenal Karpal Singh?

Semasa hidupnya tidak mesra dengan Islam dan kerap mempertikai hukum hudud.

Muftipun ada menegur beliau agar menghentikan kritikan terhadap undang-undang Islam itu.

Beliau kerap juga mempertikaikan titah dan tindakan Sultan.

Boleh sahaja membuat carian di Google dan kumpulkan fakta-fakta mengenai Karpal.

Boleh lihat benarkah beliau meninggikan dan mempertahan Perlembagaan ataupun tidak.

Tetapi tidak peliklah jika wartawan DAP dari Roketkini meletakkan Karpal Singh di tempat yang tinggi walaupun sesudah kematiannya.

Yang pelik apabila yang menulis itu adalah wartawan Melayu di Utusan Malaysia.

Ya, wartawan Utusan Malaysia, akhbar milik UMNO.

Bukan ditulis di Roketkini, milik DAP.

Hilang cerita pokok mengenai isu melompat parti.

Jangan haraplah nak lihat wartawan DAP Roketkini memuji pemimpin UMNO.

Tidak kira ketika hidup atau telah meninggal dunia.

Bahkan yang betulpun mereka kata sebagai tidak betul.

Ramai lagi contoh pemimpin lain yang boleh ditulis oleh wartawan Utusan jika ketandusan ideapun.

Yang masih hidup atau yang meninggal dunia.

Ramai yang betul-betul pertahan dan memartabat tinggi Perlembagaan, bukannya Karpal.

Bahkan semua orang Melayu sendiri meletakkan Perlembagaan itu sebagai dokumen tertinggi, menyanggah sesiapa yang bercanggah dengan Perlembagaan.

Lihat perhimpunan ICERD sudahlah, berapa juta yang hadir? Semuanya Melayu.

Tetapi maaf, bukanlah Karpal orangnya.

Penulis buang bahagian memuji Karpalpun tidak jadi apa-apa.

Utusan Malaysia perlu berhati-hati selepas ini.

Jangan pasca PRU-14, DAP yang tidak betulpun tiba-tiba menjadi betul.

Mohon jangan ada wartawan yang menulis dan merepek seperti ini lagi.

Datuk Seri Aziz Sheikh Fadzir yang kerap merepek itupun dah tiada, jangan pula diganti dengan yang lain.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts