PELUANG ANWAR IBRAHIM KE SRI PERDANA SEMAKIN CERAH

389
SHARES
2.3k
VIEWS

Di Perhimpunan Agung Parti Bersatu, ucapan Dr. Mahathir ada menyatakan bahawa ini berkemungkinan Perhimpunan Agung Bersatu beliau yang terakhir, membawa pelbagai andaian.

Kalaulah peralihan kuasa antara Dr. Mahathir kepada Anwar Ibrahim akan berlaku dalam jangka masa 2 tahun, iaitu pada bulan Mei tahun 2020, maka Dr. Mahathir sepatutnya ada satu lagi Perhimpunan Agung Bersatu iaitu pada Disember 2019.

Adakah ini memberi isyarat ada kemungkinan Dr. Mahathir akan melepaskan jawatan PM lebih awal daripada 2 tahun?

Atau adakah kerana akan berlaku perebutan kuasa oleh pihak tertentu yang akan menjatuhkan Dr. Mahathir lebih awal?

Perbincangan sehingga larut malam dengan pelbagai pihak, berfokus kepada siapa bakal PM selepas Dr. Mahathir.

Ramai yang mempunyai andaian bahawa Dr. Mahathir akan melepaskan jawatan PM kepada Azmin Ali. Dan Azmin Ali mempunyai kekuatan di dalam Gabungan Pakatan Harapan.

Tetapi, kebenaran sebenarnya amatlah jauh.

2 parti terbesar di dalam PH iaitu PKR dan DAP, kini jelas menyokong Anwar Ibrahim sebagai bakal PM.

Dengan jumlah Ahli Parlimen PKR = 50 orang.

DAP = 42 (Semenanjung) + 9 (Sarawak) = 51 orang.

Menjadikan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong Anwar Ibrahim seramai = 101 orang.

Walaupun, katalah Ahli Parlimen yang menyokong Azmin berjumlah 20 orang, Anwar masih ada 30 Ahli Parlimen bersama beliau.

Dengan blok Ahli-Ahli Parlimen Sarawak (GPS) menyokong Anwar seramai 18 orang dan Parti Warisanpun marahkan Dr. Mahathir dan marahkan PPBM.

Dengan sokongan-sokongan ini, Anwar akan berjaya mengumpulkan seramai 107 Ahli-Ahli Parlimen.

(PKR + DAP = 30 + 51.)

(GPS + Warisan = 18 + 8).

Iaitu hanya kekurangan 5 kerusi sahaja untuk mendapatkan angka: 112 kerusi Parlimen, untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke-8.

Apa yang jelas juga, Anwar tidak perlukan Ahli-Ahli Parlimen bekas pemimpin UMNO dari Sabah atau dari Kumpulan Hamzah Zainuddin (6 orang AP).

Anwar hanya memerlukan 5 orang Ahli Parlimen samada sebahagian dari parti Amanah atau Ahli-Ahli Parlimen Bebas yang lain.

Sesungguhnya, DAP juga jelas kelihatan tidak lagi menyokong Dr. Mahathir di dalam soal ini.

Apapun senario politik di Malaysia untuk tahun 2019 ini akan bertambah WARNA WARNI.

Kita tunggu dan lihat kesudahan episod politik ini.

POLITIK NEGARA MALAYSIA SUDAH JAUH BERLAINAN DAN TIDAK AKAN SAMA SEPERTI DAHULU.

Salam.

DSBA

4 Januari 2018

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts