MALAYSIA NI ADA PEGUAM NEGARA KE?

359
SHARES
2.1k
VIEWS

Oleh Anuar Shaari

4 Januari 2018

1. Kes rasuah banglo Lim Guan Eng telah digugurkan oleh Peguam Negara. Semua bukti yang dikemukakan oleh pendakwaraya ditolak oleh Peguam Negara hingga bicarapun Peguam Negara tak nak. Peguam Negara diam selepas umum kes Lim Guan Eng digugurkan.  Hanya macai PH yang jawab dan kata itulah keadilan walaupun kes masih belum dibicarakan. Peguam Negara tak nak tubuh satu tribunal bebas ke bagi menilai kes rasuah Lim Guan Eng? Bro tanya je tau. Rasanya keputusan oleh tribunal bebas lebih kredibel dari keputusan Peguam Negara.

2. Kes Datuk Seri Najib pula dituduh di mahkamah tanpa persediaan rapi dari pihak Peguam Negara. 1MDB, SRC International dan pelbagai propaganda lain. Akhirnya dituduh dibawah Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA). Dokumen pertuduhan masih caca marba tetapi kes dah masuk mahkamah. Tuduh dulu baru siasat. Bila disergah peguam DS Najib, Peguam Negara diam membisu. Tugas Peguam Negara yang secara tradisi mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes berprofil tinggi diswastakan pula kepada Gopal Sri Ram. Ada kos penswastaan ke? Berapa RM? Bro tanya je…

3. Dalam kes Muhammad Adib,  pegawai bomba yang terkorban akibat dipukul masih menjadi tanda tanya. Laporan forensik punca kematian akan siap dalam masa sebulan. Peguam Negara pula telah mengarahkan satu inkues ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian. Jika laporan dikeluarkan dalam masa sebulan dan inkues akan ditubuhkan, bila keadilan buat Muhammad Adib akan ditegakkan? Suspek kes bunuh Muhammad Adib masih bebas di luar sana dan tiada arahan penangkapan semula oleh Peguam Negara. Suspek masih ada dalam negara ke? Ni pun bro tanya je…

4. Hari ini pula PAS desak Peguam Negara berbuat sesuatu tentang khabar angin Yang Di-Pertuan Agung diminta letak jawatan dan digantikan. Persoalannya sekarang, Malaysia ini masih ada Peguam Negara ke? Jika ada, siapa Peguam Negara? Jika beliau ialah Tommy Thomas, adakah beliau Peguam Negara bagi Malaysia atau hanya Peguam Negara bagi Pakatan Harapan?

Maaf, bro tanya banyak pulak hari ni. Mungkin pening memikirkan harga petrol yang tak turun-turun lagi walaupun harga minyak dunia semakin turun……

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts