ANDA INI ‘RAKYAT’ ATAUPUN ‘PENYOKONG TEGAR’?

115
SHARES
370
VIEWS

Pemimpin Pakatan Harapan masih hidup dalam ‘denial syndrome‘, mereka rasa rakyat memuja mereka.

Rakyat sebenarnya tidak memuja pemimpin Pakatan Harapan.

Tidak kiralah baik Mahathir, baik Anwar ataupun Lim Guan Eng.

Mat Sabu lagilah.

HANYA ‘penyokong tegar’ memuja pemimpin

Yang memuja pemimpin Pakatan Harapan ini hanyalah penyokong tegar.

Samalah UMNO dahulu, yang memuja pemimpin UMNO adalah penyokong tegar.

Yang mendokong dan menyokong dasar mereka yang baik adalah rakyat.

Dasar yang teruk rakyat akan tolak, namun penyokong tegar tetap akan sokong.

Rakyat hanya menyokong dasar-dasar pemimpin yang baik

Tidak kira siapapun yang memimpin.

Jika Mahathir memimpin dengan baik, semua rakyat akan gembira dan meminta beliau kekal untuk sepenggal.

Ini kalau boleh kita nak minta esok beliau letak jawatan.

Ini kerana di bawah beliau tiada sebarang pembaharuan.

Kini yang ada hanyalah ‘pembahalolan’

Rakyat cuba ‘dibahalolkan’ oleh pemimpin negara kononnya negara mempunyai bebanan hutang yang tinggi.

Penyokong tegar yang bahalol lainlah, semua kata-kata pemimpin adalah umpama ‘hadis’ bagi mereka.

Semuanya benar dan terpercaya.

Yang salahpun dikatanya benar.

Yang benarpun dikatakan salah jika itu adalah kata-kata pemimpin mereka.

Mereka bukan berfikirpun.

Sebaliknya rakyat berfikir.

Rakyat yang berfikir tidak membenarkan perkara yang salah.

Rakyat yang berfikir juga tidak menyalahkan perkara yang benar.

Rakyat hanya mahukan perubahan kepada yang lebih baik

Tiada siapa yang waras mahukan perubahan kepada yang lebih teruk.

Seperti ketika PRU-14, rakyat mahukan perubahan yang lebih baik melalui Pakatan Harapan.

Mereka rasa UMNO dan Barisan Nasional tidak boleh diharapkan lagi.

Maka diundinya Pakatan Harapan yang menawarkan “harapan-harapan” buat mereka.

Rupanya betul “hanya harapan-harapan”.

Maka hanya harapanlah yang dapat sehingga kini.

Tunaikan manifesto, bukan menghina rakyat

Maka kerajaan wajib tunaikan janji dalam manifesto, walau sesukar manapun.

Ini tanda penghargaan kepada rakyat yang mengundi mereka.

Jika tidak tunai, ini tanda tidak menghargai sokongan rakyat.

Seolah-olah rakyat ini ‘lampin pakai buang’ sahaja.

“Kami dah dapat undi, kau rakyat boleh blah”

Jika tidak mampu, Perdana Menteri wajar meminta maaf, bukan ‘menganjing’ rakyat dengan berkata “Manifesto bukanlah kitab suci”.

Minta letak jawatan tentu Mahathir tidak mahu.

Kalau beliau letak jawatan memang satu Malaysia buat kenduri.

Maka sebaiknya Mahathir minta maaf dan tetap berusaha bersungguh-sungguh tunaikan janji.

Sudah-sudahlah menipu fakta dan menyalahkan kerajaan lama.

Penyokong tegar tetap dengan perangai ‘menjilat’

Bagi penyokong tegar memang tidak perlu dijanjikan apa-apa.

Ini kerana dalam fikiran mereka tiada satupun yang realistik.

Yang realistik bagi mereka hanyalah parti dan pemimpin.

Perubahan tidak penting selagi parti dan pemimpin yang dipuja terus berkuasa.

Mereka ada akal tetapi tidak digunakan dengan sebaik mungkin.

Bukan kerana mereka bodoh tetapi diperbodohkan oleh pemimpin.

Maka jadilah ‘rakyat’ dan bukannya penyokong tegar pemimpin ataupun parti.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts