Mahathir suka betul menghina Melayu sebagai pemalas.
Mula-mula kita ingat ini retorik politiknya sahaja untuk membangkitkan ‘inner strength‘ Melayu.
Rupanya memang Mahathir menghina Melayu sebagai pemalas.
Usah dicari makna di sebaliknya, memang tiada. Nil.
Memang itulah maksudnya, bukan retorik, bukan ada maksud lain.
Tanda Melayu memang pemalas
Pentadbiran kerajaan tidak berfungsi sejak Merdeka.
Memang jelas Melayu ini pemalas, kerana pentadbiran kerajaan tidak pernah berfungsi baik sejak dahulu.
Ini kerana pentadbiran kerajaan majoritinya Melayu dan Bumiputera.
Cina tidak mahu kerja kerajaan, gaji kecil dan tidak suka menerima arahan.
Apatah lagi arahan dari Melayu.
Contohnya bukan kerajaan tidak mahu ambil Cina menjadi askar tetapi tidak ramai Cina yang hadir.
Jika jumlah yang hadirpun sedikit, apatah lagi yang gagal diterima kerana tidak ‘fit‘.
Tidak ramai Cina yang suka mencuba jika tahu akan gagal.
Apatah lagi Cina sudah lama rasa mereka ini ‘tuan’.
Melayu sahaja tidak kisah siapa tuan mereka, asalkan jangan tipu gaji.
Kamus Mahathir: Maksud Melayu pemalas ialah apabila gagal menjadi bilionair
Oleh yang demikian maka anak-anak Mahathir semuanya bilionair.
Yang kecil-kecil dan cucu-cucunya mungkin belum lagilah.
Tidak berusahapun kaya kerana bapanya berpengaruh.
Ini bukan tanda pemalas, ini tandanya rezeki.
Kamus Rakyat Marhaen: Maksud Melayu pemalas ialah apabila tidak berusaha
Orang Melayu rajin berusaha, bekerja siang dan malam.
Sama ada kerja sendiri ataupun mempunyai tuan.
Cukup masa berhenti solat kerana orang Melayu yakin ada kehidupan selepas mati.
Yang penting jangan mati tidak berusaha.
Usaha gagal tidak mengapa kerana orang Melayu berpegang pada kata-kata “Usaha tanda kejayaan”.
Walaupun tidak berjaya menjadi bilionair seperti anak-anak Mahathir namun orang Melayu tetap rajin berusaha.
Ini kerana objektif orang Melayu bukan menjadi bilionair tetapi asalkan mampu menyara anak isteri dengan nafkah yang halal.
Jual nasi lemak tepi jalanpun rajin.
Jual ‘wiper‘ keretapun rajin, parking sahaja tepi jalan, buka semua tingkap dan gantung bunting “wiper murah dari kilang RM15 sepasang”.
Punyalah rajin Melayu mencari nafkah tambahan kerana Melayu sedar diri.
Jadi pemandu e-hailing-pun rajin.
Kena berhenti kerja, dicarinya jalan untuk manfaatkan dirinya.
Yang malas apabila mempunyai kereta tetapi hanya duduk melanguk di rumah.
Cukup tiga bulan larikan kereta kerana tidak mampu bayar.
“Bawalah Grab atau MyCar”, temannya nasihat. “Malas”, jawabnya.
Tetapi ini definasi marhaen.
Kamus Mahathir vs. Kamus Rakyat Marhaen
Definasi ‘malas’ bagi Mahathir ini ialah “apabila anda gagal menjadi bilionair maka anda ini pemalas”.
Sebab itu selain anak-anaknya, rakan-rakannya juga tidak dibiarkan begitu sahaja; semua menjadi bilionair.
Semua rajin-rajin belaka.
Mereka berpegang pada kata-kata “Bilionair ialah tanda kejayaan”.
Maka mengikut kamus Mahathir edisi PRU-14 (pindaan 2019) ialah;
Carian makna: Pemalas
[pe.ma.las] | ڤمالس
Definisi: Orang yang tidak menjadi bilionair (Kamus Mahathir Edisi Pertama)
Terimalah hakikat bahawa anda yang membaca ini adalah pemalas mengikut definasi kamus di atas.