Nampaknya kerajaan Pakatan Harapan tidak mampu bertahan lama.
Baru beberapa bulan sahaja memerintah, rakyat telah hilang kepercayaan terhadap mereka.
Belum setahun, belum apa-apa lagi mereka telah kelihatan gagal.
Malaysia bakal menjadi ‘failed state‘ jika berterusan begini.
Pakatan Harapan gagal memerintah sebagai satu pasukan
Menteri yang ada hanya sibuk dengan agenda masing-masing.
Parti diutamakan, keutamaan rakyat ditong-sampahkan.
Mereka memerintah mengikut acuan parti masing-masing.
Menteri Bersatu buat apa?
Perdana Menteri Bersatu tidak habis-habis ingin menguatkan partinya sahaja.
Demi pengekalan kuasa kerana Mahathir tahu, beliau meninggal kelak, Bersatu tidak akan mampu ke mana-mana.
Manakala menteri-menteri Bersatu entah buat apa.
Menteri DAP sibuk berniaga
Menteri DAP tidak sudah-sudah dengan agenda Cina mereka.
Sejak naik berkuasa, cubaan hapuskan hak Melayu dan perkasakan hak Cina dipergiatkan.
Taktik lama digunakan, auta merata-rata mengenai hutang negara.
Terbongkar apabila audit negara merungkai segala penipuan mereka.
Menteri Cina DAP ini hanya pandai ‘meniagakan’ negara.
Maka kini terbukti benar orang Cina HANYA pandai berniaga.
Tetapi tidak pandai mentadbir negara.
Melayu tidak pandai berniaga, tetapi HEBAT mentadbir negara.
Kini semuanya jelas.
Menteri HINDRAF dengan agenda India sahaja
Walaupun dilantik sebagai Menteri Perpaduan, nampaknya gagal menyatu-padukan rakyat.
Malah menjadi punca perpecahan antara kaum India dan Melayu.
Menjadi punca seorang anggota bomba dipukul sehingga menjadi punca kematiannya.
Kini cuba pula menutup bukti dengan memujuk Perdana Menteri menutup kisah sebenar.
Menteri AMANAH pula tidak tahu membuat kerja
Menteri AMANAH pula terkesima dengan jawatan menteri masing-masing.
Ada yang sibuk bergambar makan roti canai sambil memakai coat.
Kemudiannya sibuk beritahu makan keropok.
Ada yang menulis surat yang geli geleman hendak dibaca kerana ‘mengayat mak janda’.
Ada yang sibuk dengan wata wang digital dan projek tanam nenas belakang rumah.
PKR berpecah menjadi dua kem
PKR pula dari awal masih berebut-rebut kuasa antara mereka.
Walaupun Anwar sepatutnya menjadi Perdana Menteri, namun Azmin Ali tidak berpuas hati.
Azmin rasa beliau lebih layak kerana beliau beranggapan sokongan PKR lebih banyak kepadanya.
Kitapun tertanya-tanya apa Menteri Ekonomi ini lakukan untuk pulihkan ekonomi negara?
Semua Menteri Pakatan Harapan bermasalah
Namun sebelum PRU-14 bukan main lagi gabungan Pakatan Harapan ini cakap besar.
Hendak buat itu dan ini, hendak turun itu hendak turun ini.
Rupa-rupanya “Sembang je kencang” kata anak muda zaman sekarang.
Rakyat sempat seronok sekejap sahaja kerana berjaya menumbangkan BN.
Kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya menjadi penyelamat
Pakatan Parapan rupanya lebih teruk dan rakus dari Barisan Nasional.
Bermula dengan hinaan terhadap rakyat melalui Manifesto Pakatan Harapan.
Kini satu persatu janji terhadap rakyat tidak ditunaikan.
Bukan hanya tidak ditunaikan, diperlekehkan pula oleh Mahathir.
Kini harapan rakyat hanya tinggal harapan.
Merengeklah rakyat menunggu PRU-15.
Mereputlah harapan semua perlahan-lahan.
Namun tidak lama lagi Pakatan Harapan sendiri akan ditinggalkan.