PESANAN MAT HASAN KEPADA AHLI-AHLI UMNO

356
SHARES
2.1k
VIEWS

Dato’ Seri Mohamad Hasan menggariskan 2 tujuan utama yang perlu dihayati oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO di akar umbi :

TUJUAN UTAMA PARTI KINI:

1. Restructuring, Recovery dan Reform dalam parti.

Makna Restructuring:
Pemimpin dan Ahli-Ahli UMNO di akar umbi harus merombak dan melakukan rombakan kepada parti setelah parti kalah di dalam Pilihanraya Umum.

Rombakan perlu dilakukan agar parti terus segar menghadapi cabaran yang mendatang.

Pemimpin dan Ahli-ahli harus mula mengatur kembali kekuatan parti bagi menghadapi cabaran ini.

Makna Recovery:
Bermakna Pemimpin dan Ahli-Ahli perlu terus memulakan usaha-usaha ke arah menyembuhkan parti dari luka-luka kekalahan Pilihanraya Umum.

Makna Reform:
Membuat pembaharuan, memperbaiki dan memulihkan semula parti agar parti terus segar dan disayangi oleh rakyat dan orang-orang Melayu di bandar dan luar bandar.

Agar UMNO terus relevan kepada perjuangan orang-orang Melayu.

2. Melakukan Persiapan Untuk Menghadapi Pilihanraya Umum Akan Datang.

Pemimpin dan Ahli-Ahli UMNO di akar umbi harus memulakan persiapan bagi menghadapi Pilihanraya akan datang.

Dengan keadaan politik yang tidak menentu masa kini, pilihanraya umum boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Oleh yang demikian, ahli dan jentera UMNO harus bersiap sedia.

ULASAN:

Keadaan di akar umbi masih sempurna (intact) dan tidak bermasalah sangat.

Kesetiaan Ahli-ahli UMNO kepada perjuangan parti masih berada di tahap yang sangat baik.

Demonstrasi Anti ICERD di Dataran Merdeka pada 8 Disember membukti UMNO dengan PAS masih mempunyai kekuatan luar biasa.

Ketika Rally Anti ICERD, 350,000 orang Melayu keluar membantah. Sekiranya ada cubaan untuk mengharamkan Parti UMNO dilakukan, saya menjangkakan lebih daripada 1 juta orang-orang Melayu akan berkumpul di Dataran Merdeka membantah.

TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK BANGSA MELAYU INI.

Salam.

DSBA

8 Januari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts