KENAPA SAMPAI PERLU MENGHINA?

221
SHARES
712
VIEWS

Semakin rancak netizen MENGHINA Raja-Raja dan YDP Agong.

Sampai ada yang kena tangkap.

Ada yang dibuang dan ada yang digantung kerja.

Semuanya “kerana pulut santan binasa”.

Indah betul bahasa yang digunakan.

Nauzubillah. Kita tidak terfikirpun sampai begitu sekali.

Kita sepatutnya usah gembar-gemburkan sesuatu yang tidak pasti.

Apatah lagi fitnah.

Diam sahajalah, bukan ada masalahpun.

Kenapa sampai perlu menghina?

Jika ada yang tidak setuju, KRITIK sahajalah.

Jika ada yang anda rasa tidak kena, PERTIKAI cukuplah.

Jika anda rasa ada salah laku, kesalahan, ADUKAN kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan.

Usahlah menghina dengan gelaran-gelaran ataupun cercaan-cercaan yang anda sendiri akan marah jika seseorang kata anda sedemikian.

Sebelum membuat sesuatu, nisbahkan pada diri anda sendiri terlebih dahulu.

Jika orang kata anda berzina,  beri gelaran binatang, kata anda babi atau anjing, adakah anda tidak marah?

Jika anda masih tidak marah, nisbahkan pada ibu bapa anda.

Jika orang kata IBU anda berzina, babi, anjing dan sebagainya, adakah anda tidak marah?

Mustahil anda tidak marah sekiranya anda normal.

Bagaimana jika orang hina anak anda sebagai bodoh, buruk atau babi?

Tentu anda marah.

Jika anda tidak marah, maka anda ini tidak layak menjadi manusia.

Ini kerana manusia mempunyai perasaan.

Lainlah binatang, tiada perasaan.

Lembu, kerbau tidak ada perasaan.

Babipun tidak ada perasaan.

Kucing atau burung yang anda peliharapun tidak ada perasaan.

Manusia akan marah jika ahli keluarganya dicerca, apatah lagi ibu bapanya.

Binatang tidak marah jika anda memaki ibu bapanya kerana tidak berakal.

Sebenarnya penghina ini tentulah bukan binatang.

Kalau tidak, tentu mereka tidak bekerja dan bermain Facebook.

Tetapi tidak mahu berfikir panjang.

Seronok mahu menghina, rasa puas.

Namun jika ditangkap, mula mencari alasan demi alasan.

Mau terkencing dalam seluar, bukan berani manapun.

Sama seperti lelaki Cina yang  hanya berani menampar gadis muda Melayu penjaga kedai.

Cuba budak lelaki Melayu yang jaga kedai, ada dia berani?

Bila kena kejar, mau terkencing-kencing  dalam seluar.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts