BARU PH TAHU PENTINGNYA AKTA HASUTAN

149
SHARES
480
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi 

10 Januari 2019

Keprihatinan rakyat membuat laporan polis dan menyerang balas melalui media sosial mereka yang menghina Raja-Raja Melayu memberi tekanan kepada si pelaku, majikan dan penguatkuasa.

Parti DAP paling liat untuk mengambil tindakan jika melibatkan ahlinya. Seorang ahlinya Mohd Kamarul Ariffin baru semalam meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Daerah Pontian.

Isu beliau bukan setakat menghina TMJ tetapi menghina Sultan Johor dengan bahasa yang kesat. Dia juga memfitnah kononnya Sultan Johor akan jadikan Hutan Simpan Kukup sebagai projek Forest City II.

Walaupun DAP memohon maaf tetapi Kamarul dalam posting mohon maaf beliau cuba berdolak dalik dan menegakkan benang basah. Sepatutnya dia meletak jawatan lebih awal.

Fenomena menghina Institusi Raja Melayu semakin menjadi-jadi sejak Kerajaan PH memerintah. Kerajaan PH dilihat tidak tegas mengambil tindakan.

Nampaknya pihak swasta lebih tegas dan patriotik daripada parti politik seperti DAP. Syarikat Cisco ASEAN telah memecat staf mereka yang bernama Eric Liew Chee Ling kerana menghina Yang di-Pertuan Agung manakala TNB pula menggantung kakitangannya yang bernama Nur Alia Astaman atas isu jenayah sama. Sebelum ini Syarikat pengedar kereta Honda (Seri Utama Auto) turut memecat kakitangannya yang menghina kematian Mohd Adib yang dikaitkan dengan Allah.

Sebab itu tindakan Pemuda DAP membantah penahanan tiga individu yang menghina Yang di-Pertuan Agung menggunakan Akta Hasutan amat memalukan. Sedangkan ahli MT UMNO Lokman Adam dan Exco Pemuda UMNO Wan Azri juga disiasat menggunakan Akta Hasutan.

Sekarang baru Kerajaan PH tahu betapa pentingnya Akta Hasutan. Sebab itu pengumuman Muhyiddin menarik balik moratorium Akta Hasutan ekoran kes di Kuil Seri Maniam Mariamman membuktikan Kerajaan BN adalah betul bila mengekalkan Akta Hasutan.

Kita juga hairan apabila Menteri Perpaduan bisu-pekak dalam isu menghina Raja Melayu. Adakah tugas Menteri Perpaduan hanya untuk jaga isu masyarakat India sahaja?

Jangan biarkan “api dalam sekam” terus membara. Kesabaran rakyat ada hadnya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts