MAS PERLU PRIHATIN DENGAN SENSITIVITI UMAT ISLAM ISU IKLAN BABI

381
SHARES
2.2k
VIEWS

Kenyataan Media Biro Hal Ehwal Islam (BIHALIM)

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

20 Januari 2019

1. PERKASA merujuk kepada iklan dalam majalah syarikat penerbangan Malaysia MAS, GOING PLACES keluaran Januari 2019 ruangan Restaurant Openings yang mempromosikan makanan dan gambar daging babi.

2. PERKASA membantah keras iklan babi yang sedemikian rupa kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam yang merupakan pelanggan MAS yang utama.

3. Apakah MAS yang merupakan syarikat milik penuh kerajaan Malaysia tidak lagi mempunyai sumber-sumber lain untuk menjana pendapatan?

4. Pihak MAS perlu prihatin dan peka dengan sensitiviti umat Islam. Paparan gambar daging steak babi dalam iklan tersebut amatlah menggusarkan umat Islam. Apakah tiada lagi makanan lain yang boleh diiklankan?

5. MAS perlu meminta maaf kepada umat Islam dan perlu memastikan perkara ini tidak berulang.

Dr. Amini Amir Abdullah

Naib Presiden Perkasa merangkap,

Pengerusi Biro Hal Ehwal Agama PERKASA serta,

Ahli Dewan Tertinggi PERKASA Malaysia

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts