CEO BSN KENA JELASKAN SKIM KAUM CINA TANPA CAGARAN – IBRAHIM ALI

483
SHARES
2.8k
VIEWS

Pertubuhan PERKASA melahirkan rasa terkejut mereka mengenai satu skim baru yang diperkenalkan Bank Simpanan Nasional (BSN) iaitu Skim Penjaja Kecil Cina dan Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina.

Presiden PERKASA, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali menjelaskan ini kerana pinjaman tersebut tidak dikenakan sebarang cagaran sedangkan selama ini jika masyarakat Melayu dan Bumiputera ingin meminjam, mereka akan dikenakan cagaran.

Beliau turut mempertikaikan sama ada ini adalah keputusan yang telah dicapai oleh kabinet ataupun oleh Lembaga Pengarah BSN sendiri.

Atau arahan ini datangnya daripada Menteri Kewangan dan beliau mendesak CEO atau pihak pengurusan tertinggi BSN untuk memberi penjelasan.

Ibrahim menuntut penjelasan mengenai keputusan siapa dan atas asas apa ia dilaksanakan.

Beliau turut mempertikaikan kenapa tiada ‘skim istimewa’ sebegitu buat Melayu dan Bumiputera yang ketinggalan.

Ibrahim turut menjelaskan, tiada masalah mengenai perkara ini sekiranya keadilan diutamakan dan jangan lari dari dasar-dasar nasional.

Rujuk skim tersebut melalui berita di Utusan Malaysia serta kenyataan Ibrahim melalui video  di bawah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts