PRK P078: KETIDAKADILAN MENGANCAM KEADILAN

161
SHARES
429
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

24 Januari 2019

Bukti cukup jelas sepanjang kempen PRK Cameron Highland, pihak PH terang-terang menyalahgunakan kuasa dan memberi rasuah. Gambar dan video menjadi tular sebagai bukti. Tetapi tiada tindakan oleh SPRM, SPR dan BERSIH?

Sedangkan Mahkamah membatalkan kemenangan Selvaraj dari BN atas tuduhan rasuah. Inilah praktis ketidakadilan yang mengancam keadilan di Malaysia.

Bukti paling jelas dan kuat ialah penggunaan kenderaan Jabatan Perhutanan Pahang. Ia memang ada ‘niat’ menipu kerana logo Jabatan Hutan ditutup dua lapis dengan logo PH dan bendera Malaysia. Dan terdapat pula bahan-bahan kempen parti DAP di dalamnya.

Kalau gentleman kenapa logo Jabatan Hutan mesti ditutup. Bukan itu sahaja MP Raub Tengku Zulpuri Shah dari DAP secara samseng mempertahankan tindakannya itu dengan membuat kecoh di tempat penginapan jentera BN.

Lim Kit Siang pula mendakwa duit yang dibagi adalah duit minyak. Itu jawapan untuk menghalalkan rasuah. Kalau begitu kenapa pula Selvaraj dijatuhkan hukuman bersalah?

Apa kita boleh buat dengan praktis double standard ini? Semoga rakyat Cameron Highland termasuk masyarakat Orang Asli akan menghukum kerajaan PH yang bongkak itu.

Undilah calon BN Ramli Mohd Nor.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts