BUZZE AZAM MENJAWAB KENYATAAN MEDIA PENGERUSI SPR

384
SHARES
2.3k
VIEWS

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

25 Januari 2019

(Jawapan saya dalam ‘CAPS LOCK‘ di perenggan tertentu)

KENYATAAN MEDIA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (BIL.8/2019)

FUNGSI DAN BIDANG KUASA SPR SAH DAN MENGIKUT PERLEMBAGAAN

1. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memberi penjelasan berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pihak yang mempersoalkan kelayakan serta kedudukan (SPR) dalam menentukan proses-proses penjalanan pilihan raya terutama yang melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 Semenyih disebabkan berlakunya kekosongan jawatan Ahli-Ahli Suruhanjaya dan masih belum diisi sehingga hari ini.

2.  SPR ingin menegaskan bahawa fungsinya buat masa ini yang hanya mempunyai Pengerusi sahaja tidak terjejas dari segi perundangan kerana segala tindakan yang dibuat telah mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan juga selaras serta mengikut nasihat perundangan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 28 Disember 2018.

3. Untuk penjelasan lanjut, Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan hendaklah dibaca bersama dengan Perkara 114 (7). Secara ringkasnya kedua-dua peruntukan tersebut merumuskan bahawa  fungsi yang dilaksanakan oleh Pengerusi SPR adalah fungsi SPR dan ia wajar dijalankan secara kolektif sekiranya tidak berlaku kekosongan disebabkan oleh kehendak undang-undang. Memandangkan kekosongan enam anggota SPR buat masa ini merupakan kekosongan di bawah perundangan, maka Pengerusi SPR dalam keadaan sedemikian boleh melaksanakan fungsi-fungsi SPR.

Jawapan Buzze:

PERKARA 114 (7) MENYATAKAN KALAU PENGERUSI SPR BERCUTI, SAKIT, TERENCAT AKAL ATAU CACAT, FUNGSI PENGERUSI SPR ITU AKAN DIPANGKU OLEH TIMBALAN PENGERUSI ATAU ANGGOTA SPR.

JADI SAYA TIDAK FAHAM APA RASIONAL ART HARUN SURUH BACA 114 (1) DENGAN 114 (7) UNTUK MENJUSTIFIKASIKAN HUJAH BELIAU BAHAWA KERJA PENGERUSI SPR ADALAH KERJA ANGGOTA SPR.

DI MANA RELEVANNYA KERANA 114 (7) ADALAH MENGENAI PEMANGKU JAWATAN PENGERUSI YANG TERENCAT AKAL DAN SEBAGAINYA, BUKAN MENYATAKAN TENTANG PENGERUSI BERCUTI MAKA BERMAKSUD SEMUA AHLIPUN DIANGGAP BERCUTI BERSAMA.

114 (7) JIKA DIBACA BERSAMA 114 (1) HANYA BERMAKSUD FUNGSI SPR TETAP BERJALAN SEPERTI BIASA WALAUPUN PENGERUSI SPR SEDANG BERCUTI.

ITU SAHAJA MAKSUDNYA.

4. Perkara 114 (1) dan Perkara 114 (7) Perlembagaan Persekutuan ini juga harus dibaca bersama dengan Seksyen 33C Jadual ke-11 Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas menyatakan bahawa ketiadaan atau kekosongan sesuatu keanggotaan Suruhanjaya tidak akan menjejaskan keputusan yang dibuat pada masa itu.

Jawapan Buzze:

SEKSYEN 33C JADUAL KE 11 PERLEMBAGAAN TIDAK BOLEH DIBACA BERSAMA DENGAN PERKARA 114 (1) DAN 114 (7) KERANA SEKSYEN 33C NI HANYA MERUJUK KEPADA MANA-MANA LEMBAGA, SURUHANJAYA, JAWATAN KUASA ATAU BADAN YANG DITUBUHKAN MELALUI AKTA SAHAJA.

CONTOHNYA LEMBAGA KENAF NEGARA, SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA, JAWATAN KUASA MENGKAJI KASUT DAN STOKIN HITAM DAN SEBAGAINYA YANG KESEMUANYA DI TUBUHKAN DI BAWAH AKTA DAN AHLI-AHLINYA DILANTIK OLEH SEKADAR MENTERI.

BERBEZA DENGAN SPR, IA TIDAK DITUBUH DI BAWAH AKTA. SPR DITUBUH DI BAWAH PERKARA 114 (1) PERLEMBAGAAN DAN LANTIKANNYA DIBUAT OLEH YDPA SELEPAS PERKENAN MAJLIS RAJA-RAJA.

NAMPAK TAK BEZANYA? TINGGINYA ‘MAQAM’ SPR BERBANDING LEMBAGA GETAH MALAYSIA.

KESIMPULANNYA SEKSYEN 33C BERKENAAN TIDAK TERPAKAI KEPADA SPR, WAHAI ART HARUN.

5. Pandangan undang-undang tersebut juga telah dirujuk di dalam kes antara Peguam Negara Dan Nurul Izzah binti Anwar dan 10 lagi (Rayuan Sivil No.W-01(1M)-19-01/2017) yang mana Hakim Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa adalah menjadi niat perundangan bahawa SPR dibolehkan untuk wujud dan berfungsi secara SAH walaupun dalam keadaan di mana kurang daripada tujuh Ahli Suruhanjaya dan dalam keadaaan di mana berlakunya kekosongan. Dengan ini kuasa dan prosiding SPR secara sahnya tidak terkesan dengan apa-apa bilangan kekosongan yang BERLAKU.

Jawapan Buzze:

SAYA AKUR DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN INI TETAPI KEPUTUSAN DI ATAS HANYA RELEVAN DIPAKAI JIKA DALAM KEADAAN SPR KEKURANGAN AHLI.

MASALAHNYA SPR YANG DIPENGERUSIKAN OLEH ART HARUN INI LANGSUNG TIADA SEORANGPUN AHLI. JADI SEBAGAI PENGERUSI, BELIAU MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT DENGAN SIAPA?

TIDAK LAIN, ART HARUN MEMPENGERUSIKAN MESYUARAT SPR YANG DIHADIRI ART HARUN DAN ART HARUN MENCADANGKAN DAN DISOKONG ART HARUN DAN ITULAH KEPUTUSAN SPR.

KAN KELAKAR MESYUARAT SEBEGITU?

LONE RANGER BUKAN NAMANYA MESYUARAT.

ITU NAMANYA MEMUASKAN NAFSU SENDIRIAN.

JADI KES YANG DIPETIK ART HARUN TIDAK TERPAKAI DALAM KES ART HARUN SEBAGAI PENGERUSI KEPADA TIADA AHLI

6. Berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan nas perundangan yang dinyatakan adalah ditegaskan bahawa Pengerusi SPR masih boleh berfungsi seperti mana dalam keadaan sekarang iaitu sekiranya hanya tinggal Pengerusi seorang sahaja dan segala keputusan yang dibuat adalah sah dan dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sekian dan terima kasih.

AZHAR AZIZAN HARUN @ ART HARUN

Pengerusi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

Tarikh : 18 Januari 2019 / 12 Jamadil Awal 1440H

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co. dan juga Ketua Penerangan (Penaja) kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts