SUDAHLAH TU MENYALAKNYA KHAIRY 3: KJ MASIH BELUM ‘MOVE ON’

390
SHARES
2.3k
VIEWS

Khairy masih tidak berpuas hati terhadap Najib yang menaikkannya menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Itupun kerana bapa mentuanya Tun Abdullah Badawi itu Perdana Menteri kelima.

Bukan kerana beliau mempunyai kredibiliti ataupun berpengalaman luas.

Selepas PRU-14, perasaan tidak berpuas hati beliau terhadap Najib Razak meletus.

Seolah-olah beliau memendam rasa lama sebelum PRU-14 tetapi takut meluahkannya.

Selepas Barisan Nasional kalah buat pertama kalinya, pecah tembelang sebenar Khairy.

Sama ada selama ini beliau hipokrit ataupun hanya pandai mengampu depan boss.

Beliau tidak malu mengkritik Najib selepas kekalahan Barisan Nasional.

Sepatutnya dilakukan dengan cara lebih bermaruah iaitu kritiklah sebelum Barisan Nasional dikalahkan.

Jelas Khairy tidak layak dan tiada kualiti sebagai menteri.

Beliau hanya cekap memainkan peranan untuk menonjolkan dirinya sahaja semasa di kementerian.

Antara pencapaiannya sebagai Menteri Belia dan Sukan ialah menjadi lelaki kulit depan beberapa majalah.

Tetapi jelas beliau gagal memikat undi belia yang sepatutnya beliau tumpukan.

Demi memastikan dan membantu kemenangan UMNO serta Barisan Nasional.

Maka untuk menutup kelemahan dirinya, beliau menuding jari dan menyalahkan Najib.

Selepas lapan bulan, ingatkan beliau sudah ‘move on‘ tetapi rupanya tidak.

Beliau masih tidak berpuas hati terhadap Najib.

Kini beliau tambah tidak berpuas hati dengan Najib yang semakin mesra dengan belia.

Sehingga bengang dengan ungkapan ‘bossku’ sedangkan itu panggilan netizen.

Beliau rasa beliau lebih menjuarai dan rapat dengan belia daripada sesiapapun.

Jika Syed Saddiq, Menteri Belia dan Sukan mengatasinya, mungkin beliau kurang bengang.

Tetapi takkanlah Najib yang dah lama beliau rindu dan dendam.

Mengatasi populariti beliau selaku ikon remaja, belia dan majalah ini.

Beliau lupa Najib menggunakan media sosial untuk menjelaskan fakta-fakta berkaitan kepentingan rakyat.

Bukan promosi diri sepertinya.

Kerana itu Khairy kata troll Najib tidak akan membuatkan masyarakat lupa beliau ada kes mahkamah.

Tidak seperti beliau, yang ingat masyarakat semua lupa beliau adalah ‘Budak tingkat 4′.

Budak Tingkat 4 yang merosakkan reputasi bapa mentuanya sebagai Perdana Menteri sehingga menjadi Perdana Menteri tersingkat.

Terimalah kenyataan Khairy, dan move on.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts