KONTROVERSI PILIHANRAYA KECIL CAMERON HIGHLANDS – PAKATAN HARAPAN MEMAINKAN POLITIK KEBENCIAN

566
SHARES
1.8k
VIEWS

Sungguh hebat cara Pakatan Harapan berkempen di PRK Cameron Highlands baru-baru ini.

Mereka (PH) mengunakan pelbagai strategi dan helah untuk menang. Segala-galanya dicuba oleh PH. Termasuklah mengamalkan POLITIK KEBENCIAN.

LIM KIT SIANG, didalam ucapan beliau berkempen di Cameron menyatakan :

“Calon yang bertanding di Cameron Highlands bukannya Ramli tetapi Najib Razak.”

“Najib Razak seorang pencuri duit rakyat adalah sebenarnya calon BN di sini.”

“Adakah rakyat mahu memilih seorang pencuri duit rakyat. “

“Rakyat seharusnya menolak calon BN. Calon dari parti pencuri.”

“UMNO dan BN, kapal yang akan karam.”

UCAPAN DR. MAHATHIR DI CAMERON HIGHLANDS:

Ucapan Dr. Mahathir di Cameron Highlands ketika berkempen untuk calon PH (DAP) adalah selama 30 minit dan 29 saat.

Selama berucap itu, 80 peratus daripada ucapan Dr. Mahathir berkisar kepada membalun dan mengkritik Najib Razak.

Saya yang mendengar ucapan tersebut, terasa seperti Najib Razak masih lagi Presiden UMNO.

Serangan bertubi-tubi dari Lim Kit Siang dan Dr. Mahathir terhadap Najib Razak membuktikan bahawa kehadiran Najib di Cameron tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin PH ini.

Ucapan Dr. Mahathir:

1. UMNO adalah parti penyamun.

2. Pak Lah bagi semua (projek kerajaan) kepada anak, cucu dan keluarga. Pak Lah jadikan UMNO parti keluarga. Kerana itu saya keluar dari UMNO.

3. Najib tidak sama seperti bapanya, Tun Razak.

4. Siapa hendak menyokong pencuri (Najib)?

5. Najib berkempen di Cameron Highlands hanya untuk mencari simpati.

6. BN hendak tipu Orang Asli dengan mengambil Orang Asli tempatan sebagai calon BN.

CALON PH (DAP) kata, BN berkempen menggunakan strategi sentimen perkauman.

ULASAN:

PH dan Dr. Mahathir menggunakan pelbagai strategi dan helah untuk menang.

Strategi POLITIK KEBENCIAN, dengan berkali-kali mengatakan bahawa Najib ini pencuri duit rakyat, agar rakyat terus menerus membenci Najib dan Barisan Nasional.

Parti DAP juga turut memainkan politik perkauman (racist) dengan menghasut pengundi-pengundi Cina untuk terus menyokong PH, agar bangsa mereka (Cina) akan terus dibela oleh parti DAP.

Calon PH (DAP) kata, dia tewas di Cameron Highlands kerana BN racist tetapi sebenarnya DAP lagi racist dan mengamalkan politik melampau.

LKS dan LGE berkali-kali menyatakan bahawa calon BN di Cameron Highlands adalah Najib Razak (si pencuri) bukannya saudara Ramli.

Akhirnya, kini terbukti sudah, 12,038 orang Rakyat Cameron Highlands telah mengundi parti BN. Sebuah parti yang digelar oleh PH, ‘parti pencuri duit rakyat’.

Majoriti yang besar, 3,238 undi juga, jelas menunjukkan bahawa KEMPEN POLITIK KEBENCIAN OLEH DR. MAHATHIR DAN LIM KIT SIANG, tidak menjadi dan tidak disukai oleh rakyat negeri Pahang.

KASIH DAN SAYANG RAKYAT PAHANG terhadap Najib Razak tiada tolok bandingnya.

JASA DAN PENGORBANAN, Najib Razak dan Tun Razak masih segar didalam ingatan orang Pahang, orang Cameron Highlands dan Orang-orang Asli.

Kini, sudah terbukti walaupun Pakatan Harapan membawa satu batalion yang besar di dalam ‘peperangan’ di Cameron Highlands dengan seluruh jentera dan pemimpin PH turun padang.

Namun, KASIH SAYANG ORANG PAHANG DAN CAMERON HIGHLANDS KEPADA NAJIB RAZAK DAN BARISAN NASIONAL – BERPISAH TIADA.

Salam.

DSBA
28 Januari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts