KENAPA GABUNGAN BN DAN PAS MENAKUTKAN PAKATAN HARAPAN?

1000
SHARES
3.1k
VIEWS

Keputusan PRK Parlimen Cameron Highlands hakikatnya mengesahkan bahawa jika berlaku kerjasama antara BN dan PAS sudah tentu mampu menatijahkan keputusan yang memberangsangkan.

Sebab itulah PH hakikatnya gerun dan amat takut jika kerjasama ini benar-benar berlaku. Jika dianalisis secara terperinci keputusan PRU 14 lepas, kerusi BN yang dimenangi di 79 kerusi Parlimen boleh berubah menjadi 126 kerusi Parlimen jika PAS-BN betul-betul bergabung dan bertanding satu lawan satu dalam PRU-14 lalu.

Selain 18 kerusi yang sememangnya telah dimenangi PAS, Gabungan BN dan PAS secara teorinya berdasarkan jumlah undi yang diperolehi kedua-dua parti, sepatutnya mudah mengalahkan PH di 29 kerusi Parlimen lain. Antara 29 Parlimen tersebut termasuklah seperti berikut:

1. Kerusi P002 Kangar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (15306) dan PAS (8465), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (20909) sebanyak 2,862 undi.

2. Kerusi P005 Jerlun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (12413) dan PAS (12829), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18695) sebanyak 6,547 undi.

3. Kerusi P006 Kubang Pasu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16975) dan PAS (13375), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (29984) sebanyak 366 undi.

4. Kerusi P008 Pokok Sena, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18390) dan PAS (23401), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (28959) sebanyak 12,832 undi.

5. Kerusi P010 Kuala Kedah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19400) dan PAS (23143), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (36624) sebanyak 5,919 undi.

6. Kerusi P014 Merbok, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (20830) dan PAS (19618), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (30902) sebanyak 9,546 undi.

7. Kerusi P015 Sungai Petani, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (23963) dan PAS (22760), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (45532) sebanyak 1,191 undi.

8. Kerusi P017 Padang Serai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (15449) dan PAS (22911), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (31724) sebanyak 6,636 undi.

9. Kerusi P018 Kulim-Bandar Baharu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18299) dan PAS (12885), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (23159) sebanyak 8,025 undi.

10. Kerusi P057 Parit Buntar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (13655) dan PAS (12312), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (16753) sebanyak 9,214 undi.

11. Kerusi P063 Tambun, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (33341) dan PAS (14948), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (38661) sebanyak 9,628 undi.

12. Kerusi P074 Lumut, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21555) dan PAS (10135), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (21955) sebanyak 9,735 undi.

13. Kerusi P077 Tanjong Malim, di mana gabungan undi calon BN-MCA (19314) dan PAS (10311), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (24672) sebanyak 4,953 undi.

14. Kerusi P080 Raub, di mana gabungan undi calon BN-MCA (17500) dan PAS (7866), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (20659) sebanyak 4,707 undi.

15. Kerusi P082 Indera Mahkota, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17628) dan PAS (17515), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (28578) sebanyak 6,565 undi.

16. Kerusi P083 Kuantan, di mana gabungan undi calon BN-MCA (13667) dan PAS (14696), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (22807) sebanyak 5,556 undi.

17. Kerusi P088 Temerloh, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (22094) dan PAS (14734), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (23998) sebanyak 12,830 undi.

18. Kerusi P089 Bentong, di mana gabungan undi calon BN-MCA (23684) dan PAS (5706), mengatasi undi calon PH-DAP yang menang (25716) sebanyak 3,674 undi.

19. Kerusi P093 Sungai Besar, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (16636) dan PAS (7220), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (17350) sebanyak 6,506 undi.

20. Kerusi P094 Hulu Selangor, di mana gabungan undi calon BN-MIC (27392) dan PAS (16620), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (40783) sebanyak 3,229 undi.

21. Kerusi P096 Kuala Selangor, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21344) dan PAS (8535), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (29,842) sebanyak 37 undi.

22. Kerusi P109 Kapar, di mana gabungan undi calon BN-MIC (26412) dan PAS (31425), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (47731) sebanyak 10,106 undi.

23. Kerusi P112 Kuala Langat, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (26127) dan PAS (18731), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (43239) sebanyak 1,619 undi.

24. Kerusi P119 Titiwangsa, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (19701) dan PAS (6845), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (23840) sebanyak 2,706 undi.

25. Kerusi P129 Kuala Pilah, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (17845) dan PAS (4347), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (18045) sebanyak 4,147 undi.

26. Kerusi P133 Tampin, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (21433) dan PAS (4598), mengatasi undi calon PH-AMANAH yang menang (22435) sebanyak 3,596 undi.

27. Kerusi P136 Tangga Batu, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (27761) dan PAS (8961), mengatasi undi calon PH-PKR yang menang (32420) sebanyak 4,302 undi.

28. Kerusi P149 Sri Gading, di mana gabungan undi calon BN-UMNO (18223) dan PAS (4548), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21511) sebanyak 1,260 undi.

29. Kerusi P165 Tanjung Piai, di mana gabungan undi calon BN-MCA (20731) dan PAS (2962), mengatasi undi calon PH-PPBM yang menang (21255) sebanyak 2,438 undi.

Berdasarkan di atas, jika dijumlahkan kerusi yang dimenangi BN (79 Parlimen), PAS (18 Parlimen) dan 29 Parlimen yang tidak sepatunya dimenangi PH jika wujud penggabungan antara BN dan PAS, maka gabungan BN-PAS sepatutnya dengan mudah menubuhkan Kerajaan dengan jumlah kerusi Parlimen sebanyak 126.

Sebab itulah PH bersungguh-sungguh mahu memastikan kerjasama BN dan PAS ini tidak akan berlaku. Namun Alhamdulillah PRK Parlimen Cameron Highlands telah membuktikan bagaimana kerjasama BN dan PAS telah meningkatkan majoriti BN daripada hanya 597 pada PRU14 kepada 3,238 undi dalam PRK yang baru selesai.

Kita doakan agar Allah permudahkan dan merealisasikan kerjasama ini demi memastikan perjuangan Agama, Bangsa dan kestabilan tanahair tercinta dapat dipertahankan.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

28 Januari 2019

(Kajian asal telah dibuat oleh sahabat saya Pensyarah UUM Dr. Kamarul Zaman Yusof)

(Diambil dari laman Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts