KERAJAAN PERLU TUBUHKAN TRIBUNAL PECAT PEGUAM NEGARA

588
SHARES
3.1k
VIEWS

Disiarkan pada 29 Januari 2019

1. Saya terhibur dengan jenaka Bersih yang ditulis melalui kenyataan media yang dilampirkan ini.

http://www.bersih.org/press-statement-28-january-2019-historic-tribunal-sets-new-standard-of-accountability-for-election-commissioners/

2. Mereka seolah-olah ‘meraikan’ kejayaan mereka mendesak kerajaan menubuhkan Tribunal Khas menyiasat dakwaan salah laku anggota SPR dan mengesyorkan pemecatan mereka sebagai tanda kononnya Kerajaan PH ini bersih dan berintegritilah sangat di era Rule of Law.

3. Saya adalah antara Peguam yang terlibat dalam prosiding Tribunal Khas semalam dan saya mendengar setiap patah perkataan yang diucapkan oleh semua pihak dalam prosiding berkenaan.

4. Bersih dalam kenyataan jenaka mereka hanya menyentuh sedikit sahaja berkaitan “the proceeding may be rendered academic due to resignation” tetapi BERSIH menyembunyikan fakta-fakta mengapa ia boleh menjadi akademik.

5. Bersih 2.0 menulis surat bertarikh 14 Ogos 2018 kepada PM memohon kerajaan menubuhkan Tribunal ini untuk menyiasat salah laku Anggota SPR yang dikatakan menguruskan SPR dengan cara membantu kemenangan BN dalam PRU-14.

(Kelakar kan sebab yang menang PRU-14 bukannya BN)

6. PM kemudian pada 28 Ogos 2018, meminitkan pada surat berkenaan merujukkan surat berkenaan kepada AG dengan mesej “Pl. see

7. Kemudian, sekitar 17 dan 18 Oktober 2018 dan 27 November 2018 kesemua baki 6 anggota SPR telah menghantar surat perletakan jawatan mereka semuanya berkuatkuasa 1 Januari 2019 kepada YDPA dan Baginda telah menandatangani perkenan Baginda kepada perletakan jawatan tersebut pada 26 Oktober 2018 dan 29 November 2018.

(SILA TUMPU PERHATIAN ANDA KEPADA TARIKH-TARIKH DI ATAS, TARIKH HANTAR SURAT DAN TARIKH PERKENAN YDPA)

8. Kemudian pada 29 November 2018, PM telah menghantar representasi kepada YDPA untuk memohon perkenan Baginda untuk menubuhkan Tribunal ini mengikut Perkara 125 (3) Perlembagaan.

9. AG TELAH MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT DARI PENGETAHUAN PM BAHAWA 5 ORANG ANGGOTA SPR TELAH MENGHANTAR SURAT PELETAKAN JAWATAN MASING-MASING LEBIH AWAL IAITU PADA 17 DAN 18 OKTOBER 2018.

10. MUSTAHIL AG TIDAK TAHU PRINSIP RULE OF LAW BAHAWA SESEORANG YANG TELAH MELETAKKAN JAWATAN TIDAK LAGI BOLEH DIPECAT.

11. Saya percaya jika AG tidak menyembunyikan maklumat ini dari pengetahuan PM, maka pastinya PM yang kita sayangi ini TIDAK AKAN MENANDATANGANI SURAT KEPADA YDPA bertarikh 29 November 2018 berkenaan.

12. DAN AG SEKALI LAGI MELAKUKAN KESALAHAN SALAH LAKU APABILA TURUT MENYEMBUNYIKAN MAKLUMAT INI DARI PENGETAHUAN YDPA YANG MEMBERI PERKENAN PENUBUHAN TRIBUNAL INI PADA 5 DISEMBER 2018.

13. Jika AG memaklumkan kepada Baginda maklumat ini, maka pastinya Baginda tidak perlu menurunkan tandatangan mohor Perkenan Baginda terhadap permohonan PM berkenaan.

14. AG telah melakukan 2 kesalahan besar di sini terhadap PM dan YDPA.

15. Jadi semua ini tidak akan didedahkan oleh Bersih atau oleh Peguam Negara.

16. Tetapi saya yang mempunyai maklumat ini BERKEWAJIPAN dari segi profesion dan agama saya untuk membuat pendedahan ini.

17. Saya akan menulis surat rasmi kepada PM dan YDPA untuk mencadangkan penubuhan Tribunal Khas untuk menyiasat salah laku AG ini dan mencadangkan pemecatan beliau.

Sekian terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Peguambela & Peguamcara

012-9770 412

(Beliau juga dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam bela dan peguam cara di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co.)

http://www.bersih.org/press-statement-28-january-2019-historic-tribunal-sets-new-standard-of-accountability-for-election-commissioners/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts