PELANTIKAN AHLI DAP SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH YADIM

392
SHARES
2.3k
VIEWS

KENYATAAN AKHBAR NAIB PRESIDEN PERKASA

1. Perkasa tertarik untuk menyentuh tentang pelantikan YB Sheikh Omar Ali ADUN DAP Paloh sebagai Ahli Lembaga Pengarah YADIM.

2. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara seorang ahli DAP yang kebanyakan pimpinannya dikuasai bangsa Cina, dilantik menganggotai Lembaga Pengarah sebuah agensi Islam yang berteraskan dakwah.

3. Kenyataan YB Datuk Mujahid Rawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjustifikasikan kononnya YB Sheikh Omar Ali layak dilantik kerana memiliki Ijazah dalam bidang Usuludin Universiti Malaya.

4. Persoalannya timbul bukan isu kelayakan akademi walaupun menggunung ijazahnya dalam bidang Pengajian Islam tetapi ia lebih signifikan tentang pemikiran dan perjuangan liberal beliau sehingga sanggup bersekongkol dasar parti DAP.

5. Sebagai ahli DAP iaitu gabungan Pakatan Harapan, PERKASA yakin pelantikan beliau bukan kerana isu kelayakan akademik sahaja yang menjadi hujah tetapi dalam masa yang sama mengambil kira kesepakatan Pakatan Harapan.

6. Justeru bagaimana ahli sebuah parti DAP yang sangat rasis dan terkenal dengan dasar anti Islam dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’ boleh dilantik dalam agensi Islam berteraskan dakwah?

7. Dasar DAP yang anti Islam boleh dipetik dari banyak kenyataan pimpinan DAP yang tidak cukup ruang kalau hendak disenaraikan satu persatu. Kebobrokan dan sikap anti Islam DAP akan terserlah sekiranya isu ini dibicarakan di mahkamah apabila YB Teresa Kok hendak menyaman Pemuda PAS yang menuduh DAP anti Islam dan Pemuda PAS bersedia untuk disaman.

8. Justeru penentangan PERKASA atas perlantikan YB Sheikh Omar Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah YADIM bukan atas latar belakang akademik beliau tetapi yang yang dibimbangi pasti pandangannya lebih kepada kehendak DAP yang anti Islam.

Haji Hassan Basri Bin Muhammad

Naib Presiden PERKASA Malaysia

29 Januari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts