SAMAN SEGERA PEGUAM NEGARA

197
SHARES
637
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

29 Januari 2019

Tindakan Peguam kepada enam orang bekas ahli SPR untuk menyaman Peguam Negara patut disegerakan.

Ternyata Peguam Negara memberikan nasihat yang salah kepada PM, PM pula gunakan nasihat yang salah itu untuk memberikan nasihat yang salah kepada Yang di-Pertuan Agung.

Bagaimana AG boleh menasihatkan PM supaya diwujudkan Tribunal untuk menyiasat salah laku enam bekas ahli SPR berkenaan? Kalau bersalah akan diberhentikan sebagai ahli SPR sedangkan mereka sudah menghantar surat peletakan jawatan sejak November 2018 dan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019.

Apa perlunya memecat orang yang sudah meletak jawatan? Memang membuang masa dan membazirkan dana awam. Saya cuma tidak bersetuju mengatakan kes ini sebagai “The black day of the rule of law in Malaysia”. Black day sudah berlaku apabila AG menggugurkan kes rasuah Lim Guan Eng.

Ye memang pelik Tribunal diwujudkan semata mata kerana sepucuk surat dari BERSIH kepada PM yang complaint kononnya enam bekas ahli SPR melakukan ‘misconduct’ seperti tempoh berkempen yang pendek semasa PRU ke-14.

Kenapa BERSIH tidak mendesak supaya Pengerusi SPR meletak jawatan kerana tidak mengambil tindakan terhadap Manogaran DAP yang masuk ke pusat mengundi dengan pakaian berlogo parti?

Kenapa BERSIH senyap kes bagi duit yang Lim Kit Siang dakwa sebagai duit minyak? Apa BERSIH lakukan apabila PH menggunakan kenderaan Jabatan Perhutanan Pahang semasa kempen?

Malaysia bertambah parah dengan gelagat AG Tommy Thomas.

Bertambah-tambahlah ‘ketidakadilan’ yang mengancam ‘keadilan’.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts