PH CABAR BN DI SEMENYIH – KALAU ANAK JANTAN

443
SHARES
2.6k
VIEWS

Selepas Pilihan raya Kecil Cameron Highlands, fokus perhatian rakyat dan pemimpin politik tanah air beralih kepada PRK DUN Semenyih, Selangor.

Penamaan calon pada: 16 Febuari 2019. Kempen 2 minggu. Undi Awal: 26 Feb. Hari Mengundi: 2 Mac 2019.

KEPUTUSAN PRU-14 (2018) DUN SEMENYIH:
PH (PBBM) : 23,428 undi.
BN : 14,464.
PSM : 1,293.
Keluar mengundi : 87.68% = 46,697.
Majoriti PH : 8,964.

KEPUTUSAN PRU-13 (2013) DUN SEMENYIH:
BN : 17,616 undi.
PKR : 13,471.
PSM : 5,568.
Keluar mengundi : 88.70% = 37,570.
Melayu : 56%.
Cina : 25%.
India : 17%.
Lain-lain : 2%.

Kita tunggu daftar pengundi terkini dari ART HARUN (SPR), mengenai komposisi kaum pengundi di Semenyih.

Penyokong dan penganalisa politik Pakatan Harapan MENCABAR KEJANTANAN BARISAN NASIONAL, untuk menghadapi PH (PBBM), di PRK DUN Semenyih.

Kata mereka, di Cameron Highlands bolehlah BN menang bergaya kerana dibantu dengan 3,000 undi penyokong PAS dan jentera Kerajaan Negeri Pahang kepunyaan BN.

Di Semenyih, senario politik berbeza, kalau dicampur undi BN + PAS = 21,430 undi.

Undi PH ada = 23,428.

Sekiranya ditolak dengan undi BN + PAS, masih ketinggalan : 1,998 undi.

PH yakin, mereka akan beroleh kejayaan yang besar di Semenyih. Paling tidak mempertahankan majoriti PH sebanyak: 8,964 undi.

Perlu diingatkan, di kedua-dua PRK di Selangor, rakyat malas hendak keluar mengundi kerana keputusan kedua-dua PRK tersebut tidak mengubah apa-apa status Kerajaan Negeri.

(i) Di PRK Sg. Kandis, Kota Raja. Pengundi keluar mengundi: 49.40%.
Di PRU-14: 85.57%.

(ii) Di PRK Seri Setia, Subang. Pengundi keluar mengundi: 44.10%.
Di PRU-14: 84.18%.

Menarik sekiranya, peratusan pengundi Semenyih jatuh daripada 87.68% (PRU-14) kepada 70% atau 50% di PRK Semenyih ini pada 2 Mac 2019 nanti, mengikut trend PRK di Negeri Selangor.

Pengundi berdaftar seramai: 53,257 (PRU-14).
Kalau keluar: 70% = 37,279.
Kalau keluar: 50% = 26,628.

Menarik untuk dilihat di PRK Semenyih perkara-perkara berikut:

1. PH ada kelebihan jentera Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.

2. PPBM cuba mempertahankan majoriti yang besar iaitu: 8,964 undi.

3. Sama ada BN mempunyai kekuatan dan momentum untuk merampas DUN Semenyih dari PH; dan/atau

4. Sama ada kerjasama BN dengan PAS boleh mengurangkan majoriti PH di Semenyih.

Perlu juga diperingatkan bahawa calon BN, Dato Johan Abd. Aziz pernah menang di DUN Semenyih:

PRU-13 (2013), BN menang dengan majoriti: 4,145 undi.
PRU-12 (2008), BN menang dengan majoriti: 1,140 undi.

Kesimpulannya, analisa awal untuk Semenyih, TIADA YANG MUSTAHIL UNTUK BN, merampas kerusi DUN Semenyih daripada PH (PBBM).

Apapun kita tunggu dan lihat, siapa bakal calon BN (UMNO) dan calon PH (PBBM) di Semenyih.

Pemilihan calon untuk BN amat penting. BN perlu memilih calon yang benar-benar layak, disukai oleh pengundi UMNO dan PAS serta A WINNABLE CANDIDATE.

Salam.

DSBA

30 Januari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts