RAKYAT MENGHINA YDP AGONG WAJIB DIHUKUM KERAS DAN DICARI SEHINGGA KE LUBANG CACING

701
SHARES
1.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PERKASA MALAYSIA

Oleh: Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

Ketua Penerangan Perkasa Malaysia

2 Februari 2019 | 27 Jamadil Awwal 1440

1. Telah tular screenshot daripada Facebook milik seorang lelaki berbangsa Cina iaitu Desmond Yongkor yang membuat kenyataan dengan ayat yang menghina dan mengaibkan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-16, Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dengan menama dan menyerupakan baginda dengan syaitan atau iblis.

2. Poster itu dimuat naik pemiliknya di laman Facebook ketika rakyat Malaysia sedang menghujani ucapan sembah tahniah ke bawah Seri Paduka Baginda atas pertabalan yang telah berlangsung pada 31 Januari 2019 yang lalu.

Sehubungan itu, saya selaku Ketua Penerangan PERKASA Malaysia telah membuat laporan polis pada 1 Februari 2019 jam 5.44 petang di Balai Polis Putra, Jalan Datik Haji Eusoff Kuala Lumpur dengan Nombor Repot DANG WANGI/003032/19 berkenaan penyiaran poster berkenaan.

3. Ini bukanlah kali pertama Desmond membuat poster penghinaan sebegini. Dia kelihatan sengaja membuat poster berkenaan dengan niat yang bersifat menghina Islam dan Raja-Raja Melayu. Perbuatan menghina Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong. Ini adalah suatu tindakan provokasi yang mencabar kedaulatan Raja-Raja Melayu yang merupakan ketua Agama Islam di negara ini.

Sebelum ini, dia pernah dibebaskan dari tuduhan mahkamah atas kesalahan yang sama dengan mudah. Iaitu hanya dengan alasan dia kehilangan telefon bimbitnya dan digodam oleh orang yang tak bertanggungjawab dengan memuat naik ke laman Facebooknya dengan menghina Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam.

4. Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan Agama Islam, Institusi Raja-Raja Melayu dan Hak Keistimewaan orang Melayu, PERKASA menggesa tindakan tegas diambil oleh Pihak Berkuasa kepada Desmond dan sesiapa sahaja yang berniat khianat dengan mempersendakan Yang Di-Pertuan Agong yang juga merupakan Ketua Negara dan selaku Ketua Agama Islam bagi negeri Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Pengajaran haruslah diberi pada mereka yang cuba menginjak perpaduan dan keharmonian negara ini.

5. PERKASA sedar dengan keadaan semasa, pihak polis amat rumit untuk bertindak dan mengambil tindakan ke atas golongan yang biadab dan kurang ajar ini kerana undang-undang sedia ada tidak mencukupi. Akta Hasutan, Akta SOSMA juga diserang oleh pihak tertentu untuk di mansuhkan.

Sebelum dimansuhkan, ISA menjadi mekanisme bagi melindungi hal-hal yang menyentuh sensitiviti dan keharmonian rakyat Malaysia. Namun, PERKASA berharap agar isu ini tidak ‘disejuk bekukan’ dan terserah kepada Pihak Berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya supaya ia tidak berulang lagi.

6. PERKASA teguh dengan pendirian berhubung cadangan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu agar menitahkan kerajaan supaya menggubal dan mendesak diwujudkan akta baru yang dinamakan Akta Menghina Islam dan Raja-Raja Melayu (AMIR). Dua bahagian yang paling utama dalam akta baharu ini bagi mengambil tindakan kepada golongan yang biadab, kurang ajar dan mengganggu gugat keharmonian negara dan masyarakat iaitu, boleh ditahan tanpa bicara dan boleh didakwa di mahkamah secara terbuka sebagai kesalahan jenayah.

PERKASA bimbang jika penghinaan dan cercaan yang biadab terhadap agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan cabaran mengganggu gugat Fasal 153 yang merupakan asas Perlembagaan Persekutuan tidak ditangani, nescaya ia akan membawa kepada ketegangan, pertelingkahan dan pergaduhan di antara kaum.

Sekian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts