KERAJAAN JANGAN PANDANG REMEH KEBOCORAN MAKLUMAT RAKYAT MALAYSIA MELALUI MYSALAM

440
SHARES
2.5k
VIEWS

Pelbagai pertubuhan serta rakyat membantah pelaksanaan insurans MySalam yang telah dilancarkan pada 24 Januari lepas.

Selain persoalan kenapa diberikan kepada syarikat Singapura dan timbulnya persoalan mengenai ketelusan dalam pelaksanaan perkhidmatan tersebut, turut menjengkelkan apabila syarikat insurans Great Eastern yang dilantik tidak mematuhi syarat-syarat had pemilikan asing BNM.

Adakah tiada syarikat insurans tempatan yang lebih layak dan kenapakah tidak kedengaran sebarang tender dibuka atau sekurang-kurangnya dibincangkan bersama seluruh syarikat insurans tempatan terlebih dahulu?

Selain persoalan-persoalan di atas, persoalan yang lebih besar adalah mengenai kebocoran maklumat seramai 3.69 rakyat Malaysia di bawah kategori B40, yang akan disalurkan terus kepada syarikat milik negara asing.

Adakah negara Singapura sendiri bersedia jika syarikat milik negara lain akan mempunyai akses lengkap kepada data penduduknya seramai 3.69 juta orang?

Isu ini melibatkan integriti kerajaan Malaysia yang tidak sepatutnya menyalurkan maklumat rakyat sendiri kepada negara asing.

Jika selama ini kerajaan Pakatan Harapan asyik menuduh kerajaan lama menjual menjual kepentingan negara kepada negara asing, walaupun kemudiannya mengakui ia sebagai langkah diplomasi jangka panjang, maka bagaimana pula dengan isu penyaluran berjuta data rakyat kepada syarikat Singapura?

Tidak mungkin ini merupakan langkah diplomasi jangka panjang juga kerana kerajaan tidak mendapat apa-apa data sebagai imbalan kepada transaksi tersebut.

Selain itu, jika perjanjian antara dua negara seperti pelaksanaan ECRL dan HSR boleh dicabuli dan dihentikan oleh kerajaan Malaysia, apatah lagi jika sekadar sebuah syarikat insurans seperti Great Eastern, jika mereka berjanji tidak akan menyalurkannya kepada sesiapapun termasuk kerajaannya sendiri.

Tiada siapa yang akan temui bukti data tersebut telah disalurkan kepada kerajaan Singapura yang boleh menggunakannya untuk pelbagai tujuan, apabila data tersebut telah diberi kepada syarikat negara tersebut.

Kerajaan kena akui dan hentikan kerjasama dengan Great Eastern ini dan anugerahkan kepada syarikat tempatan, jika kerajaan Pakatan Harapan benar-benar jujur ingin membantu rakyatnya melalui skim MySalam.

Apakah pilihan buat rakyat B40 jika tidak menerima skim ini, adakah mereka berpeluang menikmati pakej perubatan sedia ada oleh Kementerian Kesihatan?

Jika tiada pilihan diberi (bermakna pelaksanaan MySalam adalah mandatori ke atas B40), adakah rakyat  perlu beramai-ramai membantah sama ada secara petisyen ataupun memfailkan tuntutan bagi menghalang penyaluran maklumat peribadi ke pihak asing?

Selain Pelaksanaan MySalam ini perlu lebih jelas, kerajaan tetap tidak boleh membenarkan data peribadi disalurkan kepada kerajaan asing.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts