ISU PANAS PRK SEMENYIH, INTEGRITI KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DIPERSOAL

150
SHARES
484
VIEWS

Selepas isu ijazah palsu Marzuki, Timbalan Menteri Luar dipersoalkan oleh media sosial dan menjadi topik paling hangat minggu ini.

Kini timbul pula soal integriti Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Maszlee semalam 10 Februari di Semenyih, mengumumkan kelulusan Pembinaan Sekolah Rendah Kebangsaan Pelangi, Semenyih yang baru di dalam kawasan DUN Semenyih. Menurut Maszlee, ini adalah hasil daripada perjuangan Persatuan Penduduk Taman Pelangi, Semenyih semenjak 2012.

Seterusnya Maszlee menjelaskan bahawa projek ini diluluskan setelah Kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya. Kelulusan dibuat pada bulan Oktober 2018 yang lalu.

SATU PEMBOHONGAN.

Ini merupakan satu lagi pembohongan oleh Dr. Maszlee dan Kerajaan Pakatan.

Setelah isu pembohongan ijazah Timbalan Menteri, kini timbul pula isu pembohongan Menteri Pendidikan mengambil kredit kerja kerajaan terdahulu (BN).

Setelah disemak, Projek Pembinaan Sekolah Rendah Kebangsaan Pelangi, Semenyih telah diumumkan kelulusannya oleh DS Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan (BN) terdahulu pada Januari 2018.

Projek tersebut menggunakan Dana Bajet 2018. Tender dibuka pada awal bulan April dan tender tutup pada awal bulan Mei 2018.

Sesungguhnya ini jelas menunjukkan bahawa Menteri dan Kerajaan PH akan melakukan apa sahaja untuk:

1. Menyalahkan Kerajaan BN terdahulu terhadap segala perkara yang dilihat oleh PH kononnya ada penyalahan guna kuasa; dan

2. Mengambil kredit daripada projek-projek & dasar yang baik yang telah dirancang dan dilakukan oleh Kerajaan BN terdahulu, dengan mengaku ini adalah projek mereka (PH).

Ini juga jelas menunjukkan bahawa Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee ini tidak mempunyai integriti dan ketelusan, kerana dengan mudah mengaku ini adalah projek sekolah usaha beliau dan Kerajaan PH.

Tetapi kini terbukti bahawa ianya dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Perkara seumpama ini, menyebabkan penulis mengambil andaian bahawa ada terdapat pegawai-pegawai penjawat awam di Kementerian Pendidikan tersebut tidak membantu melaporkan (brief the Minister) dengan betul dan/atau dengan sengaja tidak memberi laporan yang tepat kepada Menteri.

Kerana itulah, perlu diingatkan kepada Dr. Maszlee dan Kerajaan PH, jangan sekali-kali penjawat awam ini dibuat musuh.

PARAH JADINYA.

Salam.

DSBA

11 Februari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts