KHALID SAMAD MAIN TARIK UPIH BERSAMA ISTERI

893
SHARES
3.1k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

12 Februari 2019

Bangga sungguh Khalid Samad bermain upih sempena Putrajaya’s Park Day. Dia sendiri menarik isterinya yang duduk di atas upih.

Menurut Khalid, tarik upih tidak apa asalkan jangan tarik saman. Sudah tentu dia menyindir Ustaz Hadi kerana tarik saman terhadap Rewcastle Brown dari Sarawak Report.

Khalid Samad juga kata, tarik upih tidak apa asalkan jangan tarik kes untuk lewatkan perbicaraan kerana ia memalukan. Komen itu sudah tentu merujuk kepada kejayaan permohonan Najib di Mahkamah Rayuan agar kes beliau yang sepatutnya dibicarakan hari ini ditangguhkan.

Troll Khalid Samad menerima banyak komen negatif. Satu daripadanya ialah;

”Ini troll hambar, ini nak melawak ke apa”.

Khalid memang ‘pelawok’. Pelawok dalam bahasa Kelantan maksudnya penipu. Sebenarnya yang malu ialah Kerajaan PH. Malu kerana tindakan semberono dan tidak ikut “rule of law” oleh Peguam Negara.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan buat keputusan 3-0. Hujah mereka ialah daripada membuang masa dan membazir dana awam lebih baik kes itu ditangguhkan sekarang daripada ditangguh kemudian.

Maksudnya Peguam Negara memang buat silap.

Sebenarnya Tommy punca kes tertangguh. Dia yang pinda pertuduhan, tambah pertuduhan, keluarkan sijil pendakwaan bersesama dan tarik balik tiga pertuduhan tambahan sebelum didakwa semula.

Sepatutnya tiga kes tambahan itu didengar dulu di Mahkamah Sesyen tetapi Tommy terus bawa ke Mahkamah Tinggi.

Apa pun Tun M tumpang malu kerana dia yang buat arahan supaya Peguamcara Negara keluarkan surat arahan agar kes Najib jangan tertangguh lagi.

Tetapi hujah tiga hakim berkenaan ialah mereka tidak nampak taktikal oleh pihak Najib untuk melewatkan perbicaraan.

Sebenarnya kalau Tun M tidak mahu malu maka pecat sahaja Tommy Thomas.

Atau suruh Tommy duduk atas upih dan Tun M tolong tarikkan.

“Malu apa bossku”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts