KENYATAAN MEDIA PERKASA SELANGOR – INSIDEN MELETAKKAN PATUNG BERHALA DI SURAU

410
SHARES
2.4k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA YANG DIPERTUA PERKASA SELANGOR

Oleh Borhan Ahmad Zakaria

Yang DiPertua Perkasa Selangor

21 Februari 2019 | 16 Jamadil Akhir 1440

1. Gempar hari ini apabila tular video dan gambar patung berhala yang diletakkan di pintu utama surau Sabilul Huda Taman Pendamar Indah Pelabuhan Klang. Patung Na Tuk Kong atau Datuk Keramat atau Datuk Gong ini merupakan Dewa Melayu yang disembah oleh kaum Cina di Malaysia sejak dulu lagi berdasarkan kepercayaan mereka.

2. Tindakan ini merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam selaku agama rasmi Persekutuan dan juga cubaan mewujudkan ketegangan antara kaum di Malaysia khususnya di Klang, Selangor. Tindakan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab ini adalah satu tindakan yang amat kurang ajar dan biadab. Perkara ini bukanlah asing kerana sebelum ini juga pernah berlaku apabila kepala babi hutan diletakkan di dalam surau. Tetapi, perlakuan ini mampu menaikkan kemarahan umat Islam dan mengganggu keamanan dan keharmonian negara.

3. PERKASA Selangor tidak mahu menuduh siapa yang menjadi dalang di sebalik kejadian ini. Baik Islam atau bukan Islam yang melakukan, tindakan sekeras-kerasnya patut diambil kerana pihak berkuasa tidak boleh berkompromi tentang soal menjaga keselamatan, keamanan dan kesejahteraan negara kita, lebih-lebih lagi jika ia tercetus atas perkara yang berbaur keagamaan dan perkauman.

4. PERKASA Selangor menentang sekeras-kerasnya tindakan terkutuk ini dan berharap agar pihak polis dapat mengambil langkah segera serta mengenakan tindakan yang serius terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara itu. Pemimpin-pemimpin Islam di dalam Pakatan Harapan janganlah berdiam diri dan sekadar berpeluk tubuh apabila hal seperti ini dilaporkan kerana ia mampu mengancam perpaduan negara jika terus-menerus usaha ke arah mewujudkan ketegangan kaum ini tidak dibendung.

Sekian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts