AMBIL ALIH LEBUH RAYA BERTOL AKAN MANFAATKAN JUTAAN RAKYAT

429
SHARES
2.5k
VIEWS

Akhirnya kerajaan Pakatan Harapan sedikit hari lagi menghampiri kejayaan menunaikan salah satu janji-janjinya iaitu bagi menghapuskan tol seluruh negara melalui “Cadangan Pengambilalihan Lebuh Raya Bertol” yang disiarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Rakyat bersyukur jika perkara ini dilaksanakan kelak kerana ia akan memberi manfaat terus kepada hampir seluruh rakyat Malaysia yang majoritinya bekerja antara 11 malam sehingga 5 pagi setiap hari.

Selain itu kajian khusus selama bertahun yang dijalankan oleh pihak kerajaan selama ini dan tujuan bukan waktu puncak dipilih antara 11 malam sehingga 5 pagi ini pasti akan memudahkan rakyat Malaysia yang rajin berhibur di kelab malam ataupun disko.

Selepas ini mereka tidak perlu mengeluarkan belanja tol lagi dan boleh memandu pulang dengan aman dan selesa.

Ini akan merangsang mereka untuk berbelanja lebih di disko dan kelab malam ataupun menyimpan lebihan wang yang tidak dibazirkan untuk tol tersebut dan akhirnya berjaya mencapai matlamat untuk mendidik rakyat Malaysia agar sentiasa menabung.

Selain itu melalui inisiatif ini akan menggalakkan rakyat Malaysia keluar awal ke tempat kerja sebelum jam 5 pagi dan pulang lewat selepas jam 11 malam untuk kerja lebih masa (overtime), yang akan membantu rakyat menambah pendapatan setiap bulan agar mereka boleh berbelanja ataupun berhibur.

Majikan pula perlu digalakkan untuk membantu rakyat dengan membenarkan mereka pulang lewat untuk menambah pendapatan melalui kerja lebih masa tersebut.

Ia juga sebagai tanda rakyat Malaysia menyahut seruan Perdana Menteri yang mengatakan “Melayu pemalas” agar masyarakat Melayu malu dan akan berubah.

Rakyat juga akan mampu keluar dari kepompong sering meminta-minta subsidi serta mengharap bantuan kerajaan dan tidak akan menyerahkan lagi surat keluhan subsidi ditarik kepada Menteri untuk dibaca kelak.

Tindakan ini satu anjakan paradigma yang mampu melahirkan ramai insan bilionair di negara ini malah rakyat boleh mencontohi bagaimana Perdana Menteri mendidik anak-anaknya sehingga melahirkan insan terbilang yang boleh dibanggakan.

Justeru, rakyat berharap ini bukan satu gurauan dan hanya gimik kerajaan sempena PRK Semenyih serta tidak akan ditarik semula sejurus selepas tamatnya pilihan raya kecil tersebut.

Adalah diharapkan kenyataan akhbar oleh Pejabat Perdana Menteri mengenai cadangan ini adalah tulen dan bukan palsu, kerana ia hanya akan akan mengecewakan rakyat kelak apabila tidak dilaksanakan.

Para pejuang mansuhkan tol juga pasti akan bergembira dengan keputusan ini dan mereka sudah boleh mula ‘troll‘ rakan-rakan yang kerap menyindir mereka selama 9 bulan ini.

Syabas kerajaan Pakatan Harapan kerana tidak lama lagi akan berjaya juga untuk hapuskan tol akhirnya…

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts