Jika sebelum ini, United Nation Association of Malaysia (UNAM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) senada dalam mengecam Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Nazri Aziz kerana mengeluarkan yang tidak sepatutnya.
Menurut Setiausaha Agung UNAM, Datuk Zainal Abidin Ahmad, adalah tidak jujur dan mengecewakan jika pandangan Aziz bahawa bukan Islam tidak sesuai untuk memegang jawatan tertentu dalam kerajaan.
Tidak pelik apabila Nazri dikecam oleh SUHAKAM ataupun UNAM kerana beliau juga dikecam oleh komponen Barisan Nasional sendiri.
Namun amat pelik jika SUHAKAM dan UNAM berdiam diri dalam isu Rasulullah SAW dihina oleh pelbagai individu berbangsa Cina termasuk seorang lelaki tua sebelum ini, dan yang terkini dibuat oleh seorang pemuda Cina bernama Alvin Chow.
Alvin secara melampau dan terbuka di laman media dengan memberikan kenyataan provokasi menghina agama Islam termasuk Rasulullah SAW secara keterlaluan dan ‘menyatakan kesetiaan’ terhadap negara China.
Sekiranya Nazri boleh ditegur sedemikian rupa tetapi kenapa dalam isu Islam dihina mutakhir ini oleh pelampau agama berketurunan Cina terutama selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan, tidak pula berani disentuh oleh UNAM dan SUHAKAM?
Bukankah individu seperti ini wajar ditarik taraf kerakyatannya dan jadikan beliau hanya sebagai Penduduk Tetap (PR) sahaja agar menjadi iktibar agar jangan sekali-kali menghina agama lain.
Malangnya sehingga kini, ektremis dan pembenci Islam sebegini dibiarkan berleluasa walaupun Perdana Menteri sendiri berkata ingin perkasa dan bela Melayu dan Islam.
Jangan sampai suatu ketika akan ada pihak yang hilang sabar dan akhirnya mencetuskan pergaduhan agama dan kaum yang lebih dahsyat berbanding peristiwa 13 Mei 1969 kerana kini ia terlalu mudah untuk ditularkan.
Jangan ulangi kesilapan seperti peristiwa Kuil Mariamman yang bermula dengan insiden kecil iaitu perbalahan antara gangster dan pihak kuil, kemudiannya merebak sehingga mencetuskan rusuhan selama dua hari yang mengakibatkan kematian seorang anggota bomba iaitu Muhammad Adib.
Justeru, UNAM dan SUHAKAM tidak boleh berdalih dengan mengatakan penghinaan terhadap Islam tersebut sebagai tidak berkaitan dengan matlamat pertubuhan mereka kerana sebagai pertubuhan memperjuangkan hak asasi manusia dan keamanan sejagat, tentunya mereka boleh memainkan peranan penting untuk menyelar dan mengecam sebarang ‘penyalahgunaan hak asasi manusia’.
UNAM dan SUHAKAM boleh memberikan pandangan dan didikan merangkumi aspek kepakaran mereka, kerana dalam konteks hak asasi, ia juga mempunyai batasan tertentu untuk dizahirkan.
Mereka juga sepatutnya mengecam individu yang menggunakan peluang di sebalik ‘kebebasan hak asasi’ untuk menghina Rasulullah SAW dan Islam, termasuk agama dan kepercayaan lain.
Mereka wajar mendidik rakyat Malaysia bahawa apa jua di dunia ini tetap mempunyai batasan tertentu dan bukannya semberono boleh diluahkan, sekiranya perbuatan tersebut boleh mengancam keharmonian dan mewujudkan ketegangan kaum.
Apatah lagi jika penghinaan tersebut dibuat ke atas Rasulullah SAW, yang dibuat dalam sebuah negara yang majoritinya penduduknya beragama Islam, bukankah seolah-olah hanya menanti bom meledak?
Isu Rohingya di Myanmar boleh dijadikan contoh di mana kaum majoriti menzalimi kaum minoriti atas maksud agama dan bangsa serta tentunya peranan UNAM dan SUHAKAM sudah tidak bermakna lagi jika berlaku isu seperti itu.
Tiada berguna lagi nasihat berjela-jela dan cadangan itu ini sekiranya berlaku pertembungan agama, pembunuhan, kekejaman dan kemusnahan akibat dari segelintir pembenci Islam ataupun ekstremis agama yang mencetuskan bara kebencian antara penganut agama sebegini.
Jangan pula selepas ini umat Islam pula bertindak menghina agama dan kepercayaan lain dan akhirnya semua berbalah antara kaum dan agama.
Umat Islam di Malaysia ini tidak meminta agamanya dipuji tetapi cukup dengan orang bukan Islam tidak mengambil tahu apatah lagi mencaci, menghina dan memfitnah agama mereka.
Pencegahan oleh semua pihak amat diperlukan terutamanya oleh pertubuhan seperti UNAM dan SUHAKAM dan jika Nazri boleh dikecam, adakah UNAM dan SUHAKAM masih memilih untuk bersikap malu dan apologetik dalam isu penghinaan dan fitnah ke atas agama Islam?
Atau adakah wujudnya double standard sebegini hanya kerana ingin ‘menjilat’ pihak tertentu?