MESYUARAT DEWAN TERTINGGI DAN MAJLIS TAKLIMAT PERKASA MALAYSIA

479
SHARES
2.3k
VIEWS

MESYUARAT DEWAN TERTINGGI PERKASA MALAYSIA DAN MAJLIS TAKLIMAT OLEH PRESIDEN PERKASA MALAYSIA BERSAMA PERKASA NEGERI MELAKA DI MINI MALAYSIA, AIR KEROH, MELAKA :

Tarikh : 3 Mac 2019, Ahad

Masa : Jam 3.00 petang

Tempat : Dewan Mini Malaysia, Air Keroh, Melaka.

Majlis dimulakan dengan Mesyuarat Dewan Tertinggi Melaka dengan dipengerusikan oleh Presiden Perkasa, Dato Paduka Dr Ibrahim Ali. Mesyuarat ADT Perkasa hari ini buat pertama kalinya diadakan di luar Kuala Lumpur.

Program diteruskan dengan Majlis Taklimat Perkasa. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan kata-kata pendahuluan oleh YDP Perkasa Melaka oleh Tn Hj Ahmad Baharuddin. Dalam ucapannya Tn Hj Ahmad mengucapkan terima kasih atas kehadiran Presiden dan rombongan ADT. Beliau turut memperkenalkan barisan kepimpinan Perkasa Melaka dan memberikan taklimat berkaitan isu-isu serta perkembangan keadaan semasa di Melaka.

Manakala Presiden Perkasa, Dato Paduka Dr Ibrahim Ali dalam ucapan taklimatnya berharap Perkasa Negeri Melaka menyusun kembali pimpinan di peringkat negeri dan Parlimen termasuk sayap-sayap Wira, Wiranita dan Wirawati.

Presiden turut memberi penjelasan dan penerangan isu-isu semasa yang melanda negara khususnya umat Islam/Melayu selain memberi taklimat serta hala tuju Perkasa.

Presiden juga menyucapkan jutaan terima kasih kepada YDP serta Kepimpinan Perkasa Melaka atas penganjuran majlis dan ceramah pada malam ini.

Turut hadir dan memberi ucapan Timbalan Presiden Perkasa, Dato Wira Masood Zainal Abidin, Naib Presiden, Dato Yunus Long dan Ustaz Hassan Basri serta SUA Perkasa Malaysia, Syed Hassan Syed Ali.

Turut sama hadir Naib Presiden, YBhg. Dr Amini Amir Abdullah, Dato Hj Rekan Husin, YDP Perkasa Melaka, selaku penganjur majlis taklimat dan ceramah, Setiausaha Agung Perkasa, Ketua Penerangan, Nasrun Ali Hasan, Ketua Wiranita, Pn Hjh Foziah Nawawi, Ketua Wirawati, Pn Marini Nasution Seribu Jaya, YDP Perkasa Perak, YDP Perkasa Wilayah, YDP Perkasa Pulau Pinang, YDP Perkasa Sabah, YDP Perkasa Negeri Sembilan, YDP Perkasa Johor, YDP Perkasa Selangor dan Ahli-Ahli Dewan Tertinggi Perkasa yang hadir.

Jumlah kehadiran:

1. Ahli Dewan Tertinggi – 36 orang dari 45 orang keseluruhan.

2. Jumlah kehadiran: 200 orang dari 6 kawasan Parlimen Perkasa Melaka.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts