TAHNIAH PENGUNDI SEMENYIH, ISYARAT JELAS DARI RAKYAT

548
SHARES
1.7k
VIEWS

Sekalung tahniah buat pengundi-pengundi DUN Semenyih dan barisan pembangkang iaitu UMNO, PAS, MIC dan MCA atas kemenangan pada pilihan raya kecil kali (PRK) kali ini.

PRK kali ini adalah yang kelima selepas PRU-14, di mana ia telah memberi isyarat jelas buat kedua-dua pihak iaitu kerajaan Pakatan Harapan dan pihak pembangkang untuk masing-masing bermuhasabah dan merencana strategi seterusnya.

Isyarat dari rakyat buat Pakatan Harapan iaitu “cukup-cukuplah menipu dan berdalih wahai Pakatan Harapan dan mula mentadbir negara dengan baik” telah diterjemahkan di PRK tersebut.

Manala isyarat keyakinan rakyat beralih terhadap pembangkang juga semakin jelas, terutamanya selepas kegagalan demi kegagalan kerajaan Pakatan Harapan mengurus tadbir negara secara angkuh.

Isyarat dari rakyat

Jika kemenangan di PRK Cameron Highlands ditafsirkan oleh Pakatan Harapan sebagai faktor sentimen pengundi Pahang yang masih meyakini Barisan Nasional serta kononnya capaian agak sukar untuk berkempen kerana faktor logistik, namun sebaliknya berlaku di PRK Semenyih.

Selain mempunyai kuasa sebagai Kerajaan Pusat, Pakatan Harapan juga menguasai Selangor sebagai Kerajaan Negeri, yang dimiliki oleh mereka sejak PRU-12 lagi, malah lokasi juga dekat dan mudah didekati oleh seluruh jentera untuk membantu kempen secara ‘all out‘.

Tetapi rakyat tidak menilai siapa kuat siapa lemah, siapa kerajaan, siapa pembangkang, jika kepercayaan dan amanah dikhianati, maka rakyat menterjemahkannya melalui undi.

Bukti kerjasama sama erat dan keserasian pembangkang

Pilihan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Hasan yang memangku tugas Presiden UMNO, menampilkan Zakaria Hanafi (kini YB) sebagai calon PRK Semenyih, terbukti berjaya.

Walaupun kemenangan di Semenyih telah diduga dari awal namun kerjasama erat antara parti pembangkang menunjukkan petanda bahawa kesatuan ini mampu memberikan impak berkesan yang diterima rakyat.

Kerjasama ini juga cuba digoyahkan dengan kenyataan terdesak Tun Mahathir mengenai kewujudan “surat yang ditandatangani oleh Presiden PAS untuk tidak membantu UMNO dalam PRK Semenyih”  – tidak berjaya dan hanya membuktikan penipu tidak mengenal usia.

Kemenangan hebat di sebalik pelbagai tekanan

Di sebalik kekalahan mengejut di PRU-14, belum sempat bangkit akaun UMNO pula dibekukan, pemimpin-pemimpin UMNO dibuli dan diugut berterusan, ditekan dengan pelbagai cara termasuk fitnah berterusan.

Belum pernah berlaku dalam sejarah, akaun parti dibekukan apabila kalah pilihan raya, jelas tindakan  tersebut dilakukan untuk menghapuskan terus UMNO di muka bumi walaupun telah berbakti selama ini.

PAS turut difitnah

Parti PAS turut difitnah menerima 90 juta wang 1MDB, namun sebaliknya strategi tersebut hanya memakan diri dan terbukti fitnah terhadap PAS dan UMNO sendiri.

Sehinggakan Tun Mahathir terpaksa mengeluarkan kenyataan tidak bersetuju dengan kenyataan SPRM, di mana sebelum ini beliau sendiri selalu berkata ‘rule of law‘ ditegakkan di bawah pemerintahannya.

Di sebalik pelbagai kekangan dan cabaran, barisan pembangkang tetap menang bergaya walaupun boleh diibaratkan masuk ke gelanggang tinju dengan ‘dua tangan yang terikat di belakang’.

Inilah bukti manusia merancang segala macam perkara namun Allah Taala adalah sebaik-baik Perancang.

Justeru, tahniah buat pengundi-pengundi PRK Semenyih dan tahniah buat seluruh barisan pembangkang, rapatkan saf dan terus bersatu demi Islam, bangsa dan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts