ADUAN POLIS TERHADAP PEMILIK AKAUN TWITTER ALVIN CHOW YANG TELAH MENGHINA DAN MENGEJI NABI MUHAMMAD S.A.W.
Assalamualaikum,
Jemputan solidariti untuk membuat Aduan Polis
———————–
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengajak semua NGO, NGI, orang perseorangan dan umat Islam seluruhnya untuk bersama-sama hadir solidariti bagi membuat aduan polis terhadap ALVIN CHOW ini yang masih memandang rendah kepada Himpunan Bantah Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW yang baru-baru ini diadakan di Masjid Negara.
Hari: Isnin 4 Mac 2019
Masa: 2.00 petang – 3.00 petang
Lokasi: Balai Polis Dang Wangi
Sidang Media: Selepas laporan polis
Kehadiran tuan puan sangat dialu-alukan dan kami ucapkan ribuan terima kasih.
Mohon sebar seluas-luasnya.
Oleh Mansor Ibrahim
Setiausaha Agung, UMMAH
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Haji Rashidi (HP: 012-689 9528),
Cikgu Izzat (HP: 019-300 9395),
Tuan Wan Burhan (HP: 016-395 6497)