Beberapa jam setelah membuat kenyataan rasis, biadap dan tidak sensitif terhadap umat Islam mengenai kerjasama UMNO-PAS yang diistilah sebagai “perang ke atas bukan Melayu”, Guan Eng menukar pula kepada “sasaran kepada bukan Melayu”.
Guan Eng bukan seorang yang bodoh sehingga tidak tahu maksud ‘perang’ atau ‘sasaran’, tetapi dek kerana terlalu benci akan penyatuan Islam di negara ini maka beliau menggunakan istilah yang sangat rasis, provokasi dan tidak bertanggungjawab tersebut.
Jika ada parti atau NGO Islam lain menyatakan kesatuan dan sokongan di bawah dua parti Melayu Islam terbesar negara selepas ini, Guan Eng akan berterusan ‘menyerang’ kerjasama yang disifatkan boleh memberi kesan terhadap bangsa-bangsa lain di negara ini.
Apa yang sebenarnya Guan Eng takutkan? Kerjasama UMNO-PAS ataupun penyatuan Melayu Islam?
Sejarah menunjukkan belum pernah seorangpun yang terdiri daripada kaum Cina, India atau Bumiputera lain selain Melayu, ditindas, dihalau keluar dari rumah atau dirampas tanah dan perniagaannya kerana lahir sebagai bukan Melayu.
Malah kerajaan memberi bantuan sewajarnya seperti BR1M, subsidi tanam semula ataupun musim tengkujuh dan lain-lain bantuan mengikut taraf kehidupan setiap rakyat dan bukannya mengikut kaum atau agama, dengan menjamin dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan sebaik mungkin.
Maka ‘tembakan’ dan ‘peperangan’ terhadap kerjasama Melayu Islam di negara ini yang diterjemahkan sebagai “perang ke atas bukan Melayu” oleh Guan Eng ini sememangnya disengajakan walaupun beliau kemudiannya mengubah kenyataan setelah dikecam netizen pelbagai kaum.
Namun Lim Guan tetap Lim Guan Eng, beliau dan parti cauvinis DAPnya akan berterusan menyerang Melayu dan Islam kerana beliau tahu kekuatan penyatuan umat Islam di seluruh dunia dan kerana itulah sebelum ini mereka mengamalkan pecah dan perintah orang Islam secara berkumpulan.
Sungguhpun begitu, Melayu Islam yang merupakan kaum majoriti di negara ini masih berlembut di sebalik setiap kecaman yang diutarakan oleh DAP dan Melayu Islam masih cuba bertoleransi walaupun kadang kala bersikap apologetik tidak bertempat.
Guan Eng dan DAP pula tidak akan berhenti malah selepas ini pasukan cybertrooper mereka yang aktif sejak lama dahulu iaitu RBA (baca Red Pig Army) akan berterusan menyerang di mana serangan awal sudahpun dimulakan apabila komander mereka iaitu Guan Eng meniup semboyan dan mengisytihar “perang ke atas kerjasama UMNO-PAS”.
Semboyan “perang ke atas kerjasama Melayu Islam” oleh Guan Eng ini bagaimanapun tidak disambut baik oleh parti Bersatu yang juga terdiri daripada kaum Melayu Islam.
Bayangkan bagaimana jika Bersatu juga bekerjasama dengan UMNO-PAS, mungkin Guan Eng dan DAP akan berkata kerjasama ini sebagai ‘penghapusan etnik’ pula.
Justeru, Lim Guan Eng terpaksa isytihar perang ke atas mana-mana kerjasama yang melibatkan Melayu Islam, walaupun tindakan mereka itu membelakangkan Perlembagaan.
Tetapi demi kelangsungan DAP, maka mereka memainkan irama “Melayu Islam sebagai rasis” walau hakikat sebenarnya DAP itu sendiri yang rasis dan memainkan sentimen perkauman dalam menakut-nakutkan kaum Cina sejak sekian lama.