GILIRAN PAS-UMNO TAWAR BERSATU SERTAI KERJASAMA MELAYU ISLAM

203
SHARES
654
VIEWS

1. Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia yang paling mengarut dalam sejarah negara yang hanya pandai menjual aset negara daripada mentadbir urus kewangan negara dengan baik, kini seumpama “memalu genderang perang ke atas umat Melayu Islam” di Malaysia.

2. Kenyataan beliau mengenai kerjasama rasmi antara PAS dan UMNO sebagai “perang ke atas bukan Melayu” adalah sangat rasis dan tidak bertanggungjawab, malah dilihat sebagai provokasi ke atas umat Islam di negara ini.

3. Ini menggambarkan kebimbangan beliau apabila Melayu Islam mula bersatu kerana melalui penyatuan maka kekuatan ummah akan terbina yang boleh menghancurkan musuh Islam seperti DAP.

4. Semboyan “perang ke atas kerjasama Melayu Islam” oleh Guan Eng ini bagaimanapun tidak disambut baik oleh ahli-ahli Bersatu yang juga semuanya terdiri daripada kaum Melayu Islam, walaupun pemimpin-pemimpinnya masih berdiam diri.

5. Mereka turut marah, tidak bersetuju dan merasai ‘keperitan’ bagaimana Melayu Islam dipinggirkan dan aset-aset Islam dijarah satu persatu oleh kerajaan Pakatan Harapan, apatah lagi terang-terangan Guan Eng dan DAP semakin menekan Melayu dan Islam.

6. Tetapi apa yang dilakukan Guan Eng dan DAP ini hanya mampu dilihat oleh seluruh ahli dan pemimpin Bersatu dengan mata terkebil-kebil antara percaya dan tidak.

7. Kesannya Bersatu sendiri semakin ditolak oleh kaum Melayu Islam sendiri dan diterjemahkan melalui kekalahan di PRK Semenyih, walaupun sebelum ini dimenangi oleh mereka dengan majoriti yang selesa.

8. Ketika ini Bersatu dilihat tidak lebih sebagai sebuah parti yang membelakangi Islam dan Melayu demi menjaga hati rakan-rakan dalam Pakatan Harapan, di sebalik retorik mereka yang berkata akan mempertahan Melayu dan Islam.

9. Mereka juga tidak mampu menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat dalam menangkis segala tindakan yang merugikan umat Islam ketika ini.

10. Aura Tun Mahathir, yang dianggap oleh pengikutnya sebagai hero rakyat apabila berjaya  menumbangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional, semakin pudar dan mulai malap sinarnya.

11. Jalan terbaik bagi Bersatu dan mungkin satu-satunya pilihan yang ada untuk meyakinkan kembali orang Melayu agar bersama-sama perjuangan mereka adalah dengan menunaikan janji-janjinya untuk membela Melayu dan Islam.

12. Walaupun berkemungkinan dipinggirkan oleh rakan-rakan Pakatan Harapan atau lebih buruk lagi Tun Mahathir akan digesa untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

13. Tetapi toleransi tinggi yang diamalkan oleh UMNO-PAS sejak sekian lama telah memberi ‘signal‘ akan menyokong Tun Mahathir sekiranya wujud pakatan antara Anwar dan DAP untuk menjatuhkannya.

14. Tetapi jika Tun Mahathir dan Bersatu masih tidak berani menyatakan sokongan mereka terhadap Melayu dan Islam maka selamanya Bersatu akan ditolak.

15. Lebih buruk Bersatu akan dilihat sebagai pengkhianat agama dan bangsa kerana hanya mendiamkan diri dan merestui segala tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Harapan termasuk penghinaan terhadap Islam.

16. Jika berterusan begitu maka tiada gunanya UMNO-PAS ingin terus menyokong Tun Mahathir sekiranya beliau dan Bersatu sendiri tidak mahu membela Melayu dan Islam.

17. Bersatu sendiri perlu memikirkan masa depan dan survival mereka setelah ketiadaan Tun Mahathir kelak, Bersatu sendiri berkemungkinan terbubar dengan sendirinya kerana ketandusan pemimpin yang berwibawa.

18. Jika itu yang berlaku maka pemimpin-pemimpin Bersatu ketika ini wajar mencari tempat baru untuk berpaut, kerana selepas ketiadaan Tun Mahathir, usahkan Bersatu malah Pakatan Harapan sendiri akan berantakan.

19. Ketika ini, UMNO dan PAS tidak perlu gentar dengan ugutan kerana inilah masa terbaik untuk mempelawa Tun Mahathir dan Bersatu pula untuk bersama pakatan Melayu Islam sebelum terlambat.

20. Bersatu harus sedar, padang permainan dan cara bermain telah berubah.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts