LIM GUAN ENG KATA KERJASAMA UMNO-PAS ADALAH “DECLARE WAR ON NON MALAYS”

479
SHARES
2.7k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

7 Mac 2019

Itu adalah kenyataan bertulis Lim Guan Eng yang disiarkan oleh Malaysiakini pada 6.3.2019. Tukar tajuk kepada “targets on non Malays”, tetap tidak mengubah maksud asalnya.

Lim Guan Eng sepatutnya disiasat di bawah Akta Hasutan. Tetapi kita yakin itu tidak akan berlaku kerana DAP paling berkuasa dalam Kerajaan PH sebab itu kes rasuah beliau digugurkan.

Kenyataan bertulis Lim Guan Eng itu amat bahaya. Dia bermain api. Mana patut seorang Menteri kanan berkata sedemikian.

Tuduhan liar itu sebenarnya membuktikan dia adalah rasis dan boleh menghasut mereka yang tidak bertanggungjawab semakin berani menghina Islam dan Institusi Melayu.

Dalam kenyataan bertulis itu Lim Guan Eng mendakwa “The flirtation between UMNO and PAS is over. Now they are targeting the non Malays and Non Muslims under the banner of Malay unity”.

Itu adalah tuduhan berat dan melampau. Itu adalah kenyataan orang yang sebenarnya berjiwa rasis. Itu adalah strategi “Blaming the victims”. Orang Melayu dan Islam dihina tetapi orang Melayu yang bersatu untuk melindungi kesucian agamanya pula dipersalahkan sebagai perkauman dan ekstrem.

Lim Guan Eng lupa UMNO pernah memerintah. Apakah bukan Melayu tertindas dan dizalimi semasa BN memerintah. Apakah bukan Melayu terpinggir di negeri negeri yang masih diperintah oleh UMNO dan PAS iaitu Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Kenapa Lim Guan Eng dan Bar Council membisu apabila agama Islam dan Rasulullah dihina? Dakwaan beliau bahawa orang Melayu cuba digambarkan oleh UMNO-PAS sebagai di-marginalized adalah fitnah.

Apakah salah UMNO-PAS bergabung dan menentang perbuatan menghina agama Islam seperti mana DAP membela sekolah SJKC?

Lim Guan Eng terus menampakkan sifat perkauman beliau bila menghasut MCA supaya keluar daripada BN. Jika tidak MCA akan dituduh membantu penindasan terhadap bukan Melayu dan bukan Islam.

Lim Guan Eng sebenarnya tidak faham. Penubuhan BN oleh Allahyarham Tun Razak adalah untuk mengurangkan politiking dan tumpuan dapat diberikan kepada usaha usaha pembangunan ekonomi.

Tetapi DAP tidak menyertai BN kerana ia adalah parti yang hidup dengan politiking dan permainan isu kaum. Jika tidak masakan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku?

Sebab itu kenyataan Nazri Aziz bahawa kerjasama UMNO-PAS menandakan spirit multiracial sudah berakhir adalah tidak tepat. PAS menyertai BN pada tahun 1974-1978 adalah untuk mengurangkan politiking dan mendokong keharmonian kaum.

Maka apabila UMNO dan PAS kembali bekerjasama sekarang itu membuktikan spirit berkenaan mahu dikembalikan sebagaimana UMNO-PAS-MCA-MIC bekerjasama di PRK Cameron Highlands dan Semenyih.

Itu yang dicemburui oleh Kerajaan PH. Sebab itu mereka cuba memecah-belahkan kerjasama UMNO-PAS dan menghasut supaya MCA keluar BN.

Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ini ialah politiking parah dalam PH. Ia berkait rapat usaha Anwar menjadi PM dan usaha untuk menggagalkannya. Akibatnya tumpuan kepada agenda rakyat terbengkalai, pembangunan ekonomi gagal dan janji kepada rakyat tidak ditunaikan.

Justeru rakyat perlu isytihar perang terhadap politiking Kerajaan PH.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts